Pages

Monday 25 March 2013

Siapa Yang Sudi Sembahyangkan Mayat Pengganas Filipina Di Sabah?



Ramai yang terlalu emosi apabila mendapat tahu tentang tindakan kejam para pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, yang memperlakukan mayat perwira-perwira negara yang terkorban lebih buruk dari haiwan.

Memang benar. Saya sendiri marah-marah dengan perlakuan tidak bertamadun oleh para pengganas dari Filipina itu. Kononnya mereka beragama Islam, tapi akhlaknya lebih buruk dari syaitan.

Pun begitu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.

Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.

Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Inilah bayangan Islam sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak secara emosi dan mengikut perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda yang membawa maksud bahawa sifat amarah itu berasal dari syaitan dan kita umat Islam diseru supaya tidak terpengaruh dengan sifat mazmumah tersebut.

Siapa di antara kita yang mampu mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh Shamsuddin itu? Anda mampu mengawal emosi anda?

Biar apa pun, kita sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa para pengganas yang menceroboh itu beragama Islam. Sama ada Islamnya dipandang Allah SWT atau tidak, itu urusan Allah dan hambaNya.

Kita sebagai umat Muhammad SAW wajar mengawal emosi apabila berdepan dengan ujian sebegini hebat dariNya. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Namun sama ada kita mengambil iktibar atau tidak, itu terserah pada diri masing-masing, bukan?


Saturday 23 March 2013

Rintihan Kalbu

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai a'bdi
Kepada Allah, Allahurabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu


Wednesday 20 March 2013

Setiap perkara yg Sunnah pasti ada hikmahnya...




KISAH BUDAK PENJUAL KUIH



Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.


"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.


“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.




"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"


Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.


"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.


Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.


Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."


Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.


Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman


Tuesday 19 March 2013

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi


Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Sunday 17 March 2013

Sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut kelahiran bayi

Antara perkara yang Rasulullah SAW letakkan keutamaan yang sangat tinggi adalah DIDIKAN GENERASI AKAN DATANG. Baginda memikirkan 'didikan awal' jauh diluar batasan pemikiran manusia. Nabi SAW jadikannya penting sejak sebelum perkahwinan lagi... semasa memilih calon dan kemudian proses mengandung dan sebagainya. Bayi sangat suci semasa dilahirkan, maka hubungkanlah terus dengan amalan, akhlak dan petunjuk dari Nabi SAW. Selamat menonton..






Thursday 14 March 2013

Hati Seorang Suami



Ketika suamimu itu menikahi dirimu, apakah yang dirinya harapkan...? Dia berdoa, berharap dan bermimpi dikurnia teman yang akan menemani kehidupannya dalam susah dan senang. Ketika dia membuat keputusan untuk menikahimu, dia berjanji dalam hati mahu menjadi suami yang baik dan membahagiakanmu bersama anak-anak yang bakal dianugerahkan ALLAH. 

Dan sebaik bermula perjalanan pernikahan, janji-janjinya direntangkan ALLAH ujian yang pelbagai... Hidup ini menuntutnya bekerja keras. Bekerja keras di luar rumah,mengharung cabarang hidup. Bekerja keras dengan sikapnya, perasaaan dan dalaman yang punya banyak kelemahan. Bekerja keras untuk tetap mencintaimu seorang isteri dan zuriatnya yang dikurnia ALLAH.

Namun, hati seorang suami itu kabur memahami tika dalam diam si isteri sebenarnya merasa sepi, sedih dan jauh dari menganyam kebahagiaan dengan suami. Isteri merasa tertinggalkan dan terasing dari suami yang melalui kehidupannya sendiri.

Dalam hiruk pikuk dan kepantasan dunia, suami dan isteri tidak sempat saling berbicara ke sudut hati, apakah kita ini bahagia dalam kehidupan bersama? Dalam tinggal serumah, tidur sekatil, ada tubuh-tubuh suami isteri yang kelihatannya dekat namun tidak ada rasa selamat dan tidak tenang untuk saling mencurah perasaan.

Ada rasa yang tertahankan. Ada kemesraan yang tak terpamerkan. Ada bisikan yang bergema sekadar dalam hati. Memandang wajah terasa tiada seri. Meneruskan hidup atas nama suami isteri, namun hati tidak saling mengerti. Saling mengasihi, mencintai dan merindui...? Itu telah lama pergi, pernikahan ini nampak hidup hanya kerana anak-anak yang berhati suci memandang dan menagih kasih ibu sayang saban hari...

Wahai isteri, tika sudi dinikahi, yang dirimu inginkan sebenarnya menjadi isteri penuh cinta lagi membahagiakan suami. Galilah semua niat itu, bekerjalah menghidupkannya. Dan luruskan tujuan kerana ALLAH. Sekalipun suami seolah menyalahimu, mengasarimu, mengabaikan dirimu, bangunkanlah kelembutan dan sifat penuh pengertian untuk dirimu terus berdamping dengan suami. Untuk terus berbuat baik dengan suami sekalipun dirimu 'tidak merasa kebaikannya' lagi. Berterima kasih pada ALLAH atas kurnia suami dengan cara menjadi teman yang mendorong, menenangkan dan membantu suami dalam urusan dunia dan keimanannya.

Wahai isteri, setiap hari sedia masa untuk merenung ayat ayat ALLAH dan hadis titipan Rasulullah SAW, itu kunci utama perjalanan menjadi isteri yang bahagia.

Setiap hari, teruskan berkenalan dengan suami, senyum padanya, bersahabatlah dengan suami dengan bertanya khabar, mengambil berat dan berkomunikasi tentang keperluaanmu dengan penuh baik, dalam penuh hormat dengan bahasa yang difahami suami. Suami sangat perlukan kalian bernama isteri sebagai teman yang menghibur dan memerhatikan kehidupannya.

Isilah hati suami dengan penghormatan dan cinta agar dia tidak merasa untuk mendapatkannya dari perempuan lain yang bukan bernama isteri. kata-kata terima kasih, pujian, dan penghargaan adalah batu-batu kecil membangunkan mahligai rumahtangga yang bahagia.

Suamimu perlu dorongan dan kritikan. Perlukan nasihat dan arah untuk membahagiakan dirimu. Tunjukkan dengan hormat. Dia ingin menjadi pemimpinmu, jadilah isteri yang membangun kepimpinannya.

Setiap kebaikanmu kepada suami adalah sedekah. Kata-kata baikmu adalah sedekah. Isteri yang baik dan mulia lagi penuh pengertian, mana suami yang tak ingin membahagiakan?

Mulakan dengan dirimu, menjadi isteri yang membahagiakan. Mohonlah kekuatan dari Tuhan.