Pages

Tuesday 24 January 2012

Takutlah Pada Dosa Zina

Hadis : Takutlah pada zina, kerana sesungguhnya dalam zina itu ada 6 perkara (azab). Tiga di dunia dan tiga perkara di akhirat. 3 perkara di dunia : hilangnya wibawa, pendeknya umur, dan menjadi miskin selamanya. 3 perkara di akhirat : mendapat kemurkaan Allah, jeleknya hisaban dan mendapat siksa neraka - [hadis riwayat Baihaqi]

Seorang yang melakukan dosa besar berulang-ulang maka dosa tersebut diampuni setiap kali kemaksiatan itu diikuti dengan pertaubatan—jika taubatnya di setiap kali itu benar—dan dalil dibolehkannya taubat berkali-kali adalah bahwa orang-orang yang murtad dari islam di zaman Abu Bakar kemudian Abu Bakar mengajak mereka kembali kepada islam dan beliau menerima mereka.

Sebagaimana diketahui bahwa dahulunya mereka adalah orang-orang kafir kemudian memeluk islam kemudian kembali kepada kekufuran lalu kembali memeluk islam dan seluruh sahabat menerima taubat mereka padahal perbuatan orang-orang yang murtad termasuk perbuatan yang lebih jahat daripada seorang muslim yang melakukan maksiat.

Diterimanya pertaubatan seorang muslim yang maksiat yang berulang-ulang lebih utama dari diterimanya taubat seorang kafir yang berulang-ulang. Akan tetapi yang kami katakan ini dengan syarat pertaubatan pertama dan setelahnya adalah taubat nasuha yang benar berasal dari hati yang jujur dan tidak sekadar lahiriyahnya saja.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari apa yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, beliau bersabda: “Dahulu, ada seorang yang telah berbuat dosa. Setelah itu, ia berdoa dan bermunajat; ‘Ya Allah, ampunilah dosaku! ‘ Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: ‘Sesungguhnya hamba-Ku mengaku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa atau memberi siksa karena dosa.’ Kemudian orang tersebut berbuat dosa lagi dan ia berdoa; ‘Ya Allah, ampunilah dosaku! ‘ Maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa atau menyiksa hamba-Nya karena dosa….

Al Hafizh Ibnu Rajab al Hambali mengatakan bahwa Ibnu Abi ad Dunya dengan sanadnya dari Ali berkata,”Sebaik-baik kalian adalah setiap yang terkena fitnah yang bertaubat—yaitu setiap kali dirinya terkena fitnah dunia lalu bertaubat—ditanyakan kepadanya,’Jika dia mengulanginya lagi?’ dia menjawab,’hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.’ Dia ditanya lagi,’Jika orang itu mengulangi lagi?’ dia menjawab,’hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.’ Dia ditanya lagi,’Jika orang itu mengulangi lagi?’ dia menjawab,’hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.’ Dia ditanya”Sampai bila?’ dia menjawab,”Hingga syaitan kelelahan.”

Ibnu Majah meriwayatkan Hadits dari Ibnu Mas’ud—marfu—,” Seorang yang bertaubat seperti orang yang tidak memiliki dosa.” (Dihasankan oleh al Albani didalam Shahih Ibnu Majah (3427)

Al Hasan pernah ditanya,”Tidakkah seorang dari kita merasa malu kepada Tuhannya kerana dia memohon ampunan dari dosa-dosanya lalu dia melakukan (dosa-dosa itu) lagi kemudian meminta ampunan kemudian mengulanginya?” dia menjawab,”Yang dinginkan syaitan adalah seandainya dia memenangkan ini dari kalian maka janganlah kalian merasa bosan dari meminta ampunan (istighfar)” Diceritakan pula dari beliau yang mengatakan”Aku tidaklah melihat ini kecuali berasal dari akhlak orang-orang beriman, yaitu bahwa seorang mukmin jika berdosa maka bertaubat.”

Umar bin Abdul Aziz didalam khutbahnya mengatakan,”Wahai manusia, barangsiapa yang merasa melakukan dosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat, jika dia kembali berdosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat, jika dia kembali berdosa maka beristighfarlah kepada Allah dan bertaubat. Sesungguhnya ia adalah kesalahan-kesalahan yang dililitkan di atas leher seseorang. Sesungguhnya kecelakaan adalah ketika hal itu diulang-ulang”
Maksudnya (dari perkataan itu) adalah bahwa seorang hamba pasti melakukan apa yang telah ditetapkan baginya dosa, sebagaimana sabda Nabi shalalllahu ‘alaihi wa sallam,”Sesungguhnya Allah Allah `Azza Wa Jalla telah menetapkan pada setiap anak cucu Adam bagiannya dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari.” (HR. Muslim-2657)

Akan tetapi Allah telah memberikan kepada hamba-Nya jalan keluar terhadap dosa yang menimpanya dan Dia menghapuskannya dengan taubat dan istighfar. Dan Jika dia melakukannya maka dirinya telah terlepas dari keburukan dosa-dosa dan jika dia terus-menerus berdosa maka dia akan celaka.” (Jami’ al Ulum wa al Hikam juz I hal 164 – 165) – (Fatawa al Islam Sual wa Jawab No. 9231)

Jika anda betul-betul ingin berubah dan kembali ke jalan Allah swt maka segeralah bertaubat dengan taubat yang sebenarnya (taubat nasuha) dan janganlah berputus asa dari rahmat-Nya. Dan termasuk dari pertaubatan anda adalah menghindari berbagai pintu yang dapat menjerumuskan anda kembali kepada kemaksiatan setelah pertaubatan.

Firman Allah swt :

Artinya : “Dan janganlah kamu mendekati zina ; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Israa : 32)

 

Wednesday 18 January 2012

Rahsia Air Sejuk dan Ais pada KESIHATAN kita

1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

4. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

5. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

6. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

7. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

9. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

10. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

13. Air sejuk dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan..

17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

27. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.