Pages

Friday 23 March 2012

Hujan...

Derapan titisan airnya penuh irama kesejukan
Memberatkan hati malas untuk berenggang dari tempat beradu
Memaksaku menarik selimut
Mencari panas mendakap badan

Menikmati suasana hujan
Mengasyikkan...
Deru lebatnya
mengujakan sang unggas-unggas
menghiburkan si pencinta
melekakan insan-insan yang kepenatan

Kicau burung seiring tarian alam
Meraikan kehadirannya
Membuatkan aku cemburu dengan kemesraan itu

Berseli hembusan angin bayu
Lembut…
Segar…
Menghembus semangat dan harapan baru
Lantas aku tersedar,
Terjaga dari mimpi semalam
Untuk menempuh segala halangan hari ini
Merungkai segala kesulitan hari esok

Bersama rahmat tuhan ini
ku bina lagi impian
Merancang masa depan
Dan nekad merealisasikanya
Bukan sekadar lakaran peta minda
Atau semata janji kosong dalam bicara
Pasti impian ini kekal
Menjadi rahsia antara
Aku dan Pencipta

Sesetia langit menurunkan hujan
Seteguh gunung sebagai binaan
Seindah bumi sebagai hamparan
Sekuat itu aku berpegang pada perjanjian
Jangan ada yang sengaja memusnahkan dengan sebuah ikatan
Kerana aku tak perlukan dirimu lebih dari-Nya…