Pages

Saturday 28 April 2012

Nostalgia I'ktikaf

 

Maghrib ptg ni, aku teringt peristiwa kt Masjid Kangar kemaren. Time tu aku dan suami singgah untuk solat maghrib. Selesai aku bagi salam, aku tedengar esak kan kecil dri seorg wanita yg duduk di sebelah kananku.

aku teperasan dari mula masuk masjid lg, wajahnya ada tanda kesedihan. "Assalamua'laikum kak, maaf tny, kenapa kak menangis? kak ada masalah ka? ada apa2 yg blh sy bantu?", sapa ku. takut jgk klu2 sapaanku tidak disenangi.

mulanya dia mcm tekejut, ya la...jemaah lain sibuk dgn urusan msg2 tidak mengendahkan dia, tiba2 hanya aku teperasan keadaannya. satu persatu di ceritakan padaku, teliti aku dgr tiap butir perkataannya.

katanya dia asal dri penang, dia menetap kt perlis ikut suami. di hatinya penuh kerinduan pada keluarga kerana penikahannya tidak di restu keluarga. Lepas kawen dia tk penah jengah ke kampung, dia menjadi buangan keluarga sendiri. katanya lagi, dri Asar td suaminya meninggalkan dia di masjid utk solat Asar dan minta dia I'ktikaf di situ, sampai dekat Insya msh tk nampk kelibat. tak tahu ke mana katanya.

"sabar ya kak..., maaf andai kata2 sy ni buat kak mrh, kak terus la menghubungi keluarga na... hati yg keras lama2 akan lembut, setiap yg panas lama2 nnt akn sejuk..sampai akhirat hubungan anak & mak ayah tak kan terputus, sdgkan hubungan suami isteri sekuat manapun, ada Talaq sbg pemisah. Mungkin suami kak ada urusan penting tu yg dia suruh kak I'ktikaf kt sini, tkpa sy teman kak sampai selesai Insya. Klu suami kak tk dtg jgk, sy dan suami blh tolong hantar kak blk", pujuk ku. Ada sedikit senyuman di wajahnya, mgkn satu kelegaan kerana ada yg nk membantu utk hantar dia pulang.

padahal di hatiku terdetik, dpt merasai apa yg dia rasa. Wahai Tuhan, lemahnya seorg wanita yg Kau angkat darjatnya dgn kurniaan suratun Nisa'. Kau jdkan lelaki sbg penaung kekuatan seorg wanita, tp masih ada yg nak ambk kesempatan atas kelemahan itu. sepenting mana pun urusan tk kan tk blh bgtau isteri. Jgn biar dia menunggu dan jgn jdkan alasan I'ktikaf utk menyempurnakan urusan lain.

Lantas ku tadah tgn, mohon Allah tenangkan hati wanita di sebelahku dan ku mohon agar diberi balasan sbg pengajaran kpd mereka yg senang2 mempergunakan di sebalik kelembutan & ketidak upayaan seorg wanita. Dunia akhir zaman... cepat2 la kiamat...tak sabar nk tinggal di negeri yg abadi. bertemu Kekasihku yang selama ini amat ku rindui. Aku dh bosan dgn tipu daya dunia. Selesai mengaminkan doa, terdengar laungan azan utk solat Insya. Damainya.... biar kedamaian ini merawat apa yg terbuku di hati...