Pages

Monday 4 June 2012

Assalamua'laikum suamiku tercinta... :-)


Alhamdulillah, tenang rasa hati bila kita dianugerahkan dgn ikatan penikahan ini. Ikatan yg termateri dgn kalam Allah, dan doa yg tk penah lekang dari bibirku utk kita terus tabah dan bahagia menuju perjalanan yang masih berliku dalam mencari keredhaanNya.

Lafaz akad menjadi bukti cinta yang selama ini kau ucapkan. BarakAllahu a’laina Ya Zauji. Ahabbak fiddunya wal akhirah… :* :* :*

Wahai Imam dalam solatku…

Gapai tanganku agar aku sentiasa tegar tanpa jemu menjadi makmum di setiap waktu solat kita. Biarkan aku menghayati makna setiap lantunan indah ayat-ayat suci yang kau baca. Biarku rasa getaran mengaminkan setiap doa yang kau pohon. Kerana itu ketenanganku. Jangan sesekali kau lepaskan gengaman tanganku dalam membimbingku meniti titian-Nya.

Ketika tanganmu ku kucup, hatiku penuh pengharapan agar kau ampunkan setiap dosa-dosaku, redhai aku sepanjang hidupku bersamamu. Aku masih lagi berusaha menambah ilmu dalam membina mahligai kita. Sungguh cetek pengetahuanku, sungguh sedikit nilai kesabaranku, adakah aku mampu membahagiakan mu? dapatkah aku menjadi isterimu yg paling solehah?

Wahai suamiku yang sentiasa dirahmati Allah…

Izinkan ku coret setiap imbasan bagaimana Allah temukan kita dengan cara yang tak penah aku duga. Sedang aku mengisi harianku bersama teman-teman maya, dari kejauhan ada sepasang mata memerhati setiap bait-bait ayat telatahku. Katamu aku lain dari yang lain. Kau bukan hadir dari dunia YM ku. Kehadiran dirimu sendiri tak penah ku sedar kewujudannya. Namun ayat pertama yang aku akan ingat sampai bila-bila adalah “SubhanAllah”. Maha Suci Allah yang telah menemukan kita, menjadi satu-satunya ayat yang berada di ruang komentar gambar langit  bumi Mekah dalam koleksi foto peribadiku. Siapakah dirimu yang berada di celahan ratusan kenalanku?.

Ketika itu, aku terbuai dengan perasaan kagumku pada seseorang. Ayat-ayatmu yg tak penah ku ambil serius sentiasa menjadi bahan gurauanku. Memang begitu caraku, di dunia maya, lelaki ku anggap sampah, aku ‘pijak’ sesuka hatiku. Aku tk penah nak jaga hati dan perasaan lelaki. Bagiku yang mana hadir sekadar untuk jadikan aku ‘permainan’ yang bila bosan akan ditinggalkan. Aku akan hormat mereka yang boleh buat aku rasa kagum sahaja, yang lain aku ‘sepak’ ke tepi. 

Maaf syg, dunia YM & FB ku memang berbeza. Bertubi ayat cerca ku hadiahkan padamu,  kau pergi seketika kemudian datang kembali, katamu ada sesuatu yang sentiasa menarik perhatianmu agar kekal di sampingku. Katamu aku umpama ‘sifu’mu.

Sifu? Ilmu apa yang SUFAY WIDA ini ada?. Apa yang ada cukup untuk kekuatan semangatku meneruskan hidup sahaja, mana mungkin aku mempunyai murid yang sebijakmu, baik, sentiasa sabar , penuh dengan sifat belas kasihan dan penyayang. Sejarah hidupku membuatkan aku rancak persendakan perasaanmu, berkali hatimu sengaja ku guris. Lantas ketika kau luahkan segala-galanya, aku hanya tersenyum sinis, dalam kotak pemikiranku tertera “kali ini apa pulak rencanamu wahai lelaki”. Satu persatu Allah buka untuk aku menilai siapa dirimu. Apalah salahmu hingga kesalahan orang lain aku sandarkan padamu.

Wahai suamiku yang sentiasa diberkati Allah…

Kita mula berkomunikasi pada Ramadhan 1432. Bulan yang penuh keberkatan. Kau hadiahkan aku sebuah potret yang sangat cantik. Lakaran penuh makna siapa ‘SUFAY WIDA’. Besarnya bakat yang Allah anugerahkan padamu syg. Dari situ dirimu sedikit-sedikit mula ku kenali. 

Ingatkah lagi, sewaktu aku ceritakan kisah yang selama ini ku litupi dengan senyum tawa, sedangkan batinku tersimpan kemas derita perasaan. Kita sama-sama menangis, katamu biarlah itu yang terakhir aku menangis tentang kisah silamku. Kau tak kan membiarkan aku sedih lagi dengan kelukaan semalam. Kehadiranmu satu peringatan oleh Allah bahawa aku cuma seorang hamba. Bukan kekuasaanku untuk menghukum segala-galanya. 

Oktober  2011 pasti tak kan ku lupa sepanjang hayatku. Ketika itu, walaupun keluarga sentiasa di sisi, hanya dirimu tempat aku luahkan yang aku sakit. Siang malam tak penah kau jemu ingatkan aku tentang ubat, jaga diri, rehat secukupnya, kerisauanmu menambahkan lagi rasa bersalah dengan apa yang telah aku lakukan padamu sebelum ini.  Ketika itu andai ada airmata ini bergenang tiada lain semua menangisi segala kesalahan dan kesilapanku. Pada malam yang penuh ketenangan, ku gagahkan diri yang masih lemah untuk sujud pada Pencipta, mencari kepastian dalam penilaian dan akhirnya ISTIKHARAH  menyatukan kita. Aku ikhlas menerima dirimu sbg peneman hidupku.

Wahai suamiku yang sentiasa dilindungi Allah…

Aku senang memerhatikan wajahmu ketika kau sedang tidur. Kadang-kadang buat aku tersenyum bila teringat ayat-ayat usikanmu namun bila ku amati di sebalik ketenangan wajahmu syg, tersentuh hatiku dengan segala bebanan amanah yang sedang kau pikul. Sedangkan aku hanya mampu berdoa Allah mudahkan urusan hidupmu, membantumu ketika kau memerlukan pertolongan dan kurniakan kepadamu apa yang dikurniakan kepada orang-orang yang soleh.

Ingin sekali ku galas bersama setiap keresahan yang kau alami sebagai tanda betapa kasihnya aku padamu, namun aku tak terdaya suamiku. Apalah sangat dengan kudratku dan keterbatasan diriku yang kadang-kadang  terpaksa aku sembunyikan supaya tidak menjadi tambah bebanmu.

Wahai suamiku yang sentiasa dimuliakan Allah…

Akan ku ingat sampai mati, segala pengorbanan dan kesusahan yang kau alami untuk  menjadikan aku halal di sisimu. Semoga Allah maqbul dan kekalkan dalam ingatanmu apa tujuan sebenar aku menerima lamaranmu, keinginan kita, matlamat kita, impian kita, dan cita-cita kita.

Suamiku syg, Aku sedar  ada yang kecewa dengan kehadiranku. Namun, ku ingatkan diriku dan dirinya, suami bukan untuk dimiliki, suami hanya pinjaman dari Pencipta. Bila-bila masa pasti setiap pinjaman akan diambil kembali oleh Pemilik. Selagi termampu, selagi terdaya bahagiakan dia dan bukan salahkan sesiapa. 

Andai coretan hidupku dapat di ‘lakar’ sendiri dengan tangan ini, pasti segala-galanya indah umpama kisah seorang puteri raja. Namun apa yang terjadi di bawah penguasaan Allah, bkn kehendak kita. Tidak akan terjadi sesuatu dengan sia-sia kan syg kan? ;-)

Pesanan ‘Pertama’,

Janganlah imanku dikagumi kerana aku penuh dosa. Jangan minta aku memahami kerana aku tak kan pernah mengerti. Jangan pula kau risau aku akan buat kesimpulan yang penuh prasangka. Siapalah aku untuk menilai setiap buruk laku manusia. Nasihat ku setiap kekusutan ada penyelesaian. Jangan bangkitkan keaiban bila dah tak suka. Buat apa nak parahkan keadaan jika Islam dah tunjukkan cara.

Pesanan ‘Kedua’,

Andai aku dicemburui, apalah yang aku ada. Andai aku dibenci, apakah salahku. Tak perlu beratkan kepala memikirkan bersediakah aku menghadapi kehidupan sebagai seorang isteri. Tak payah juga pertikai samada aku mempunyai sifat belas kasihan atau tidak. Pesanku jangan sesekali meluahkan yang dirimu penuh rasa kekecewaan sesama manusia. Sesungguhnya itu hanya menampakkan sifat kebodohan dirimu. Cukuplah jaga diri sendiri kerana STATUS dan keadaan KITA sama sahaja. Alam kedua terakhir sebelum bertemu Allah adalah dunia. Dari memikirkan orang lain, lebih baik sediakan bekal untuk mati. Tidak diciptakan manusia & Jin melainkan untuk beribadah. Andai kau rasa mengada-ngada dan sibukkan diri dalam urusan hidupku adalah satu ibadah, teruskan… tak mungkin ku sekat ‘pahala’ ibadahmu itu.

Hanya  itu pesan ku. Aku tidak hadir untuk bermusuh...ku hulurkan tangan andai salam ukhwah ini bersambut.

~ Wahai Allah, andai ketenangan ku boleh menghiburkan hati suamiku, Kau kurniakan lah padanya…

Andai kebahagiaanku dapat menghilangkan duka suamiku, Kau berikanlah padanya…

Andai rezkiku dapat menghapuskan segala kesempitan hidup suamiku, Kau limpahkanlah padanya…

Andai sihatku dapat menyembuhkan segala kesakitan suamiku, Kau jadikanlah itu penawar padanya…

Andai masa lapangku dapat menyempurnakan segala tugasan suamiku, Kau titipkanlah padanya…

Andai kebajikanku dapat menghapuskan segala dosa-dosa suamiku, Kau hadiahkanlah padanya…

Cukup Kau jadikan aku seorang isteri yang taat  dan tawaduk dengan perintahnya. Cukup Kau jadikan aku kekal di hatinya. Cukup Kau izinkan dia di sampingku ketika diriku akan di ‘jemput’. Izinkan hanya dia yang ku pandang buat kali terakhir, Izinkan hanya suaranya yang ku dengar mengingatkan tentang kalimah pegangan Tauhidku. Keredhaannya, keampunannya dan belas kasih-Mu yang menjamin syurgaku.. Aaminnn Ya Allah ~

Ikhlaskan hatiku Ya Allah utk redha dia sebagai suamiku.. kerana dia pernah ku pohon di Bumi yang penuh Barakah dan kerana dia anugerah-Mu yang tidak ternilai. Luv u syg…  :* :* :*

- Coretan  Mac  2012 -