Pages

Friday 30 November 2012

Menangis Kerana Cinta

Kenapa Menangis?

Cuba kita perhatikan keadaan masyarakat di sekeliling kita. Kenapa mereka menangis? Ada yang menangis kerana pasukan bola yang dicintai kalah dengan pasukan lain. Ada yang menangis kerana kononnya dikecewakan oleh kekasih yang dicintainya. Ada juga mungkin yang menangis ketika melihat anak-anaknya atau ibu bapanya yang tercinta melakukan perkara-perkara salah dan tak ikut syariat. Ada yang menangis kerana mendapat memberikan sumbangan atau menerima penganugerahan yang sangat dicintai.
Jadi, kalau kita perhatikan semula semua contoh kes yang saya sebutkan satu per satu tadi, terlalu banyak sebab kenapa seseorang itu menangis. Cuma, daripada kita sibuk membicarakan tentang masalah orang lain 'kenapa mereka menangis'. Adalah lebih baik jika kita tanyakan pada diri kita sendiri,
"Kenapa kita menangis?"
Adakah tangisan kita itu merupakan tangisan yang memadamkan api neraka dan akhirnya membawa kita ke syurga, atau sebenarnya tangisan itu ialah tangisan-tangisan murahan yang mengheret kita ke neraka.
Tanyakan pada diri kita sekarang. Kenapa?

Jika kita perhatikan juga kenapa kebanyakan manusia itu menangis, nescaya kita akan mendapati hampir semua daripada mereka menangis kerana cinta. Cinta terhadap masalah akhirat atau masalah dunia, itu yang perlu kita perdalamkan lagi kajiannya, Tidak kisahlah sama ada mereka mendapat sesuatu atau kehilangan sesuatu. Seseorang itu hanya akan menangis apabila sesuatu perkara yang terjadi atau terlibat dalam kehidupannya itu ada kaitan yang sangat rapat dengan rasa cinta dia pada sesuatu itu.
Ada orang menangis, itu belum tentu kerana masalah dia sedang bersedih. Ada juga orang yang ketawa kelihatan gembira, tetapi itu belum tentu kerana dia bahagia. Kalau kita perhatikan orang-orang yang duduk dalam Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, berapa ramai orang yang bergelak ketawa dalam tu? Gembira sungguh kalau kita lihat hingga mungkin ada yang teringin untuk jadi macam mereka kerana dah bosan dengan stress kehidupan. Masya-Allah, mestilah ramai, tetapi adakah benar mereka bahagia? Belum tentu..
Suatu masa ketika zaman muda-muda dahulu, ketika kita melihat mak ayah kita menangis ketika kita mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan. Adakah itu bermaksud bahawa mereka sedih atas apa yang kita perbuat? Belum tentu..
Kerana Allah

Kenapa kita menangis? Pastikanlah jawapannya ialah kerana kita takutkan Allah. Takut kepada Allah bukanlah seperti takut kita kepada hantu atau pemimpin yang zalim. Mereka itu wajarlah kita takut kerana muka buruk, menyusahkan orang dan lain-lain. Tetapi, takutnya kita kepada Allah kerana kita cintakan Dia. Takut kita kepada Allah kerana kita risau seandainya kita adalah insan yang kerap berbuat dosa, takut nanti Dia mula tidak mencintai kita.
Kenapa kita menangis? Pastikanlah jawapannya adalah kerana kita merupakan hamba yang sering berbuat dosa. Setiap kata-kata-Nya kita tidak mahu dengar, tidak mahu ikut, bahkan kadang-kadang kita menjauhkan diri kita daripada mendengar kata-kata-Nya dan melawan kata-kata-Nya. Lebih malang lagi apabila kita adalah orang-orang yang berkomplot dalam membuat usaha-usaha menghalang orang lain daripad amendegar kata-kata Allah. Maka menangislah dan bertaubalah kepada Allah kerana keika kita menjadi hamba yang degil, masih saja nikmat dari-Nya itu diberikan kepada kita. Diberikan kita peluang untuk bernafas dan terus menikmati kehidupan hari demi hari. Dan lebih pelik lagi, Allah memberikan kita kebaikan-Nya dengan meletakkan kita dalam suasana tarbiyah. Menjadi salah seorang daripada orang yang cuba menghidupkan dakwah pada hari ini. Masihkah kita tidak mahu menangis untuk itu?
Di saat kita memberikan alasan halangan keluarga menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, di saat kita memberikan alasan tidak cukup ilmu menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, di saat kita memberikan alasan sibuk dengan kerja dan ijazah menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, tetapi.. Pernah tidak kita dengar alasan daripada jantung kita untuk berhenti berdenyut kerana kita sedang melakukan perkara maksiat terhadap Allah? Mata kita letih melayan nafsu kita daripada melihat perkara dan benda yang bukan-bukan lalu dia terus mematikan fungsinya? Maaf, tidak! Kerana apa? Kerana Allah masih sayangkan kita, kerana itu Dia tidak memerintahkan jantung untuk terus terhenti dan mata terus membutakan dirinya.
Tetapi, cuba lihat pada diri kita. Pernahkah kita menangis untuk itu? Jika pernah, tanyakan lagi, 
"Kerana apa kita menangis?"
Kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad?
Atau kerana masalah-masalah keduniaan yang tidak membawa sedikit manfaat pun untuk kita di akhirat kelak mahupun dunia sekarang.
Tangisan Mereka

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Zaid bin Thabit, ketika Zaid bin Thabit menjadi penulis Rasulullah dan sedang menulis surah at-Taubah sehingga sampai kepada ayat perintah jihad, dia meletakkan pen ditelinganya. Rasulullah SAW menunggu wahyu yang seterusnya. Kemudian datang seorang buta bertanya. 
“Bagaimana saya yang buta ya Rasulullah?”
Maka turunlah ayat ini (surah at-Taubah, 9:91) dengan memberi kelonggaran supaya tidak ikut berperang kepada orang yang lemah, cacat ataupun miskin (sampai tak ada apa-apa) asalkan mereka ikhlas kepada Allah. 
“Orang yang lemah dan orang yang sakit, dan juga orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang yang berusaha membaiki amalannya, dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”  
[QS at-Taubah, 9:91] 
Masya-Allah! Seorang yang buta bertanya kepada Rasulullah akan kedudukannya dalam berkorban untuk agama Allah! Kita yang sihat ini pernah tak terfikir nak tanya tentang benda-benda itu semua? 
Dalam riwayat lain pula, dari Ibnu Hatim dari al Ufi dari Ibnu Abbas, ketika Rasulullah memerintahkan orang-orang berangkat berjihad bersamanya, datanglah segolongan sahabat di bawah pimpinan Abdullah bin Maqil al Muzani yang berkata, 
“Ya Rasulullah! Berilah kami tunggangan.” 
Rasulullah bersabda, 
“Demi Allah tidak ada lagi tunggangan yang dapat mengangkut kalian semua.” 
Berlinanglah air mata mereka menyesali diri kerana tidak ada bekalan dan tunggangan untuk turut serta berjihad dan berkorban di jalan Allah. Maka turunlah ayat, 
“Dan tidak juga berdosa orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu,” mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).”  
[QS at-Taubah, 9:92] 
Mereka menangis sebab tak dapat nak pergi buktikan cinta mereka.. 
Kalau kita macam mana? Menangis atau sebaliknya?
...
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibrail dan berkata: 
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah malaikat Jibrail pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Rasulullah SAW lalu mengumpulkan para sahabat baginda, dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibrail. Apabila para sahabat RA mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: 
"Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna."
Apabila Abu Bakar RA mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Abu Bakar RA pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar RA menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar RA menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat RA di depan rumah Abu Bakar RA dan bertanya: 
"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna."
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat RA maka Abu Bakar RA pun berkata, 
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda." 
Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar RA maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar RA, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang kejadian yang mereka saksikan itu.
Berkata salah seorang dari para sahabat RA, 
"Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." 
Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar RA. 
Sebaik Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar RA, Rasulullah SAW melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, 
"Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." 
Kemudian Ali RA berkata, 
"Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." 
Lalu Rasulullah SAW berkata: 
"Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat". 
Sebaik sahaja Abu Bakar RA mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali RA pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat RA satu demi satu dan berwasiat pada mereka.
Di sisi yang lain
Bilal menjadi tukang azan Rasulullah SAW sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah SAW wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan: 
Yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah. Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar RA supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: 
"Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita",

Maksudnya ialah Bilal RA.

Apabila Bilal mengumandangkan azan, Umar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah SAW terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebut yang sudah lama tidak didengari mereka sejak kewafatan Rasulullah SAW dan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.

Itulah Mereka, Menangis kerana Cinta...


أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا ۚ إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا 
۩
"Mereka itulah orang yang telah diberikan nikmat oleh Allah, iaitu dari (golongan) para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang yang Kami bawa (dalam kapal) bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil (Yaakub) dan dari orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka, maka mereka tunduk sujud dan menangis."
[QS maryam, 19:58]

Sunday 25 November 2012

Wahai Purnama (Ya Badrotim)

SEMARAK CINTA RASULULLAH S.A.W

Assalamua’laika Ya Rasulullah…
Tiada hari yang paling indah
Semerbak harum kasturi mewangi
Hari isnin 12 Rabiulawal, Tahun Gajah
Seluruh alam bersinar cahaya
Lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
Yatim yang suci anak Abdullah…

Assalamua’laika Ya Rasulullah…
Airmata tiada akan tertahan, pabila ingat pada dirimu
Indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
Indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya
Indah akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
Indah langkahmu Sang langit merintih agar dipijak
Indah rambutmu hitam ikal yang rapi
Indah matamu memancar sinar cinta
Berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan
Gagah tanganmu menyantun setiap insan
Kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan…

Assalamua’laika Ya Rasulullah…
Mengalir airmata jernih tanpa tertahan
Lantaran cinta dan rindu tiada terperi
Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
Jika kerinduan tiada kau tawarkan
Keindahan syurga tiada mengubat diriku
Jika wajahmu tiada ku pandang…

Assalamua’laika Ya Rasulullah…
Apakah makna keindahan dan kemewahan
Dunia yang ku miliki
Jika kau tiada tersenyum melihatnya
Apakah makna kenikmatan syurga
Jika engkau tiada dapat dipandang
Apakah makna setiap nafasku
Jika engkau memalingkan wajahmu…

Ya Allah…
Hidupkan Cinta dalam jiwa ini
Pada Rasulullah Rahmatulila’lamin
Semoga dengan Cinta nan suci ini
Membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
Penuh kebahagiaan menatap wajahnya
Mendengar kalimahnya “…engkau umat ku…”
Biarpun sedetik sudah memadai
Namun selamanya adalah yang ku impikan…

Assalamua’laika Ya Rasulullah…
Assalamua’laika Ya HabibAllah…




Friday 23 November 2012



Isteri2 saya, kami bermula dari tidak mengenali kepada mencintai...

Isteri pertama yg berpurdah (tak pernah kenal sebelum nikah), isteri kedua yang mendukung anak pakai topi (dikenalkan oleh isteri pertama dari web al-fikrah) tempoh perkenalan yg singkat kemudian nikah. Isteri ketiga yang berjubah hijau seorg doktor, dikenalkan oleh isteri kedua yang juga merupakan seorang doktor dan berkenalan melalui profession....Itulah sedikit kisah saya, dari mereka kini saya mempunyai 7 orang anak, Alhamdulillah, Semoga Allah memelihara keluarga saya dari keburukan luaran dan dalam ! ~ dari FB Ustaz Emran Ahmad.


p/s : Antara keluarga contoh poligami. Seorg suami yg hebat dapat menyatukan ketiga2 keluarga dlm keadaan mawaddah dan sakinah. Beriadah, makan, dan solat berjemaah bersama-sama. Menghidupkn sunnah Rasulullah di zaman penuh fitnah dan kemaksiatanSubhanAllah...

Berjihad tidak semestinya memegang senjata. Berjihad dlm diri & keluarga sendiri. Peliharalah diri & keluarga dri azab api neraka, itu yg sebaik-baik jihad.

========================================================================


Beza orang bujang dan mereka yang berpengalaman nikah

Al-kisah, semasa kita sedang lapar dan belum makan maka kita pun teringin nak makan macam2. Kalau ada satey sedang dibakar dihadapan kita maka kita pun nak satey, kalau ada ayam panggang, kita pun nak ayam panggang dll. Namun selepas makan dan kelaparan pun hilang maka kita akan mula merasai kesan akibat makan makanan tadi. Tiba2 perut sakit, cirit-birit, pening kepala atau muntah. Sejak itu kita sudah 'cerdik' dan tahu akibat makan makanan tertentu ketika perut kosong atau makan makanan yang tidak sihat. 

Justeru, walaupun kita teringin nak makan durian, satey, kambing golek dsbnya namun kita tetap memilih bubur, nasi berkuah serta sayur yang sesuai dengan perut kita. Kita sudah tahu akibat yang akan terjadi jika ikut nafsu dan tak sanggup lagi menderita sakit perut dsbnya. 

--------------Samalah dengan pernikahan !

Kita terjumpa gadis ayu,cantik, lawa, muslimah bertudung labuh, berjubah, sopan dan senyum manis bagaikan bidadari yang mewangi ditaman rindu. Kita pun terus nak kahwin dengan dia sebab ketika itu kita 'lapar' dan belum cerdik. Setelah nikah macam2 jadi, bukan sekadar cirit-birit atau sakit perut tetapi huru-hara dan gempa bumi. Selepas itu barulah kita tahu apa kesannya dari pilihan kita yang mengikut hawa nafsu.

Kemudian kita pun jadi matang dan hanya pilih apa yang kita perlu dan mampu untuk menikmatinya kerana tidak mahu lagi menderita !



Wednesday 14 November 2012

11 jenis manusia didoa malaikat

 

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’” 

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” 

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Monday 12 November 2012

Ibu Solehah Pembentuk Generasi Bertaqwa


Suatu petang, di sebuah masjid di perkampungan Mesir. 

Seorang ustaz sedang mengajarkan murid²nya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba² masuk seorang anak kecil yg ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira² 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dgn senyumnya yg lembut, dia bertanya kpd anak yg baru masuk tadi, 
"Ada ayat yg kamu hafal dlm Al-Qur’an?"

"Ya," jawab anak itu singkat.

"Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?" pinta ustaz.

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,
“Adakah kamu hafal surah Tabaraka (Al-Mulk)?” 

“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. 

Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dgn kemampuan hafazan si anak kecil itu, meskipun usianya lebih muda berbanding murid²nya yg ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh: 
“Kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dgn sangat lancar sehingga kekagumannya semakin bertambah. 

Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah² yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan & membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. & ustaz itu semakin teruja dgn pertanyaan terakhir,
“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an?”

“Ya,” jawabnya dgn jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, 
“Subhanallah wa masyaallah, tabarakkallah.”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kpd murid barunya,
"Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibu bapamu. Ustaz ingin berkenalan dgnnya".

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya seperti pesan ustaz kpdnya. Melihat ayah dr anak tersebut, si ustaz bertambah kaget krn gayanya tidak langsung seperti orang alim, terhormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, 
“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dr anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya di sebalik anak kecil ini ada seorang ibu yg sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yg semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun,  & sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.

Ibu mereka ketika anak² itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an & selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti & tak pernah bosan. Dia selalu katakan kpd mereka,
"Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yg menentukan makan malam ini."

"Siapa yg paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yg berhak memilih ke mana kita boleh bersiar² nanti."

"Itulah yg selalu dilakukan ibunya sehingga tercipta semangat bersaing & berlumba² antara mereka utk memperbanyak & mengulang² hafalan Al-Qur’an mereka," jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yg boleh melahirkan anak² yg luar biasa. Hanya seorang ibu yg biasa. Setiap kita & semua ibu bapa tentu bercita² anak²nya menjadi generasi yg soleh, cerdas & membanggakan. Tapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak² itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih & susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,
"Di sebalik anak ini ada seorang ibu yg kekuatannya sama dgn seribu lelaki."

Ya, perempuan yg telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yg baik utk kehidupan anak² adalah tidak mudah. Hanya orang² yg punya kemahuan & motivasi yg boleh melakukannya. & tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yg lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yg mewariskan kesolehannya ke dlm kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yg pernah diwasiatkan Rasulullah saw kpd kaum lelaki utk mereka jadikan pendamping hidup di antara sekian banyak wanita.

Dgn menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya seperti sabda Rasulullah saw, 
“Wanita dinikahi krn 4 perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yg taat beragama, nescaya engkau beruntung.” (HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yg dikenalkan kpd kita dlm cerita di atas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak²nya baru belajar bercakap. Tidak. Tapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan utk mengakrabkan mereka dgn bacaan² Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dlm keadaan kehamilannya yg berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu utk membaca Al-Qur’an, memperdengar janin yg ada di rahimnya, dlm keadaan berbaring, duduk mahupun bersandar. Perjuangan itulah yg berat tapi itu pulalah yg kemudian memudahkan lidah anak²nya merangkai kata demi kata dr ayat² Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dr kisah di atas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.

Keluarga Hebat Daripada Isteri Hebat




ALANGKAH beruntung suami yang dikurniakan 'syurga dunia' iaitu isteri solehah. Rasulullah bersabda yang bermaksud; Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh menggembirakan engkau apabila kamu melihatnya, yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.(Hadis riwayat Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim).

Jika merancang berumah tangga, pilih jodoh yang ditetapkan agama supaya berkekalan ke akhir hayat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan empat ciri iaitu kerana harta bendanya, keturunannya (kemuliaan keturunan), kecantikannya dan pegangan agamanya. Oleh itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung)." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Bolehkah kita selidiki apakah tanda atau ciri seorang isteri solehah? Antaranya ialah mentaati suami dan mengasihinya sepenuh perasaan.

Isteri solehah sentiasa memohon kemaafan suaminya meskipun melakukan kesalahan. Maka, amalan itu melambangkan mereka berhak digelar wanita berkeperibadian unggul.

Selain itu, isteri solehah sentiasa mencurahkan keimanan kepada Allah dengan sepenuh hati. Isteri berhak menasihati suami jika mereka tersilap langkah, tetapi perlu secara bijaksana selain mendokong tugas suami mentadbir keluarga.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih serta sayang." (Surah Ar-Rum ayat 21).

Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah memberikan panduan dalam memilih jodoh dan calon isteri solehah? Apabila mempunyai nilai keagamaan, seseorang isteri itu memiliki akhlak serta menjadi contoh kepada anak.

Suami perlu banyak bersabar serta saling menasihati isterinya dengan penuh hikmah. Daripada Aisyah r.a yang menceritakan: 'Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi: "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (Hadis riwayat al-Hakim).

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: "Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya reda kepadanya, dia akan masuk syurga". (Hadis riwayat At-Tirmidzi).

Islam mewajibkan seorang isteri melayani tuntutan suaminya dengan baik selepas ikatan ijab dan kabul. Memang benar, bukan mudah mendapat tingkatan isteri solehah.

Paling utama, wanita itu perlu berusaha mengikis sebanyak mungkin sifat mazmumah dalam dirinya selain bergantung pengharapan sepenuhnya kepada Allah Taala.

Tidak kira suami atau isteri, masing-masing punyai kekurangan diri yang dilengkapi pasangan masing-masing. Namun, isteri tetap perlu menjalankan 'tugas' utama - menghormati suami dalam apa jua keadaan.

Fuqaha bersepakat mengatakan haram hukumnya seorang isteri yang nusyuz terhadap suami. Mereka dilaknat selagi tidak bertaubat.

Nusyuz ditakrifkan sebagai seorang isteri yang tidak melakukan ketaatan terhadap suaminya. Namun, Islam meletak beberapa panduan jika suami berdepan dengan masalah isteri nusyuz.

Antaranya, jika berasakan isterinya ada tanda nusyuz seperti menjawab percakapan suami dengan nada yang kasar, bermasam muka, disunatkan suami memberi nasihat kepada isterinya terlebih dahulu.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Nasihatilah wanita secara baik kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya; jika engkau membiarkannya dia akan tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah wanita secara baik." (Hadis riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 1468).

Justeru, kepada wanita bersegeralah melakukan perkara yang boleh membahagiakan suami dan rebutlah peluang sementara masih diberikan waktu ini menuju ke syurga
dengan melaksanakan kewajipan mentaati suami.

Penceramah, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata kita boleh mencontohi bagaimana bapa Imam Malik memiliki zuriat yang hebat kerana pendidikan bermula kepada isteri.

Begitulah hebatnya insan bergelar isteri. Nabi Muhammad sendiri tidak pernah bersedih kecuali selepas isterinya, Siti Khadijah meninggal dunia.

Hakikatnya, di sebalik kehebatan sesebuah keluarga itu datang daripada isteri hebat. Nabi pernah bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah perhiasan dan perhiasan yang baik ialah isteri yang solehah" katanya.

Katanya, apabila mahu berkahwin, seorang lelaki perlu mencari isteri beragama, baik tingkah lakunya, tahu membaca al-Quran dan inginkan ilmu pengetahuan.

"Selepas anak dilahirkan, ibu bapa perlu memberikan nama yang baik kepada anak mereka. Jangan beri nama yang pelik sehingga sukar untuk disebut.

"Nama yang disukai Allah seperti Abdul Rahman. Ada nama elok tetapi sebutan tidak sesuai seperti Rokiah dipanggil Rock atau Fatimah menjadi Fatty," katanya.

Beliau berkata, memberi nama yang baik terhadap anak itu satu doa dan selepas anak dilahirkan lakukanlah ibadah akikah dan beri mereka didikan agama sempurna.

"Sampai umur tujuh tahun, jika tidak solat, rotanlah mereka malah sebelum berjimak, pastikan berdoa kepada Allah terlebih dahulu.

"Pastikan anak dan isteri sentiasa mencium tangan ketua keluarga selain memberi penghargaan dan hadiah antara suami isteri," katanya.

Sementara itu, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, berkata isteri solehah perlu berusaha menjadi isteri idaman suami.

Ikut contoh Siti Khadijah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyenangkan hati nabi. Beliau sanggup menderma tulangnya untuk agama apabila meninggal dunia.

Jika suami hendak tidur atas riba isteri, jangan pula menolaknya. Belai rambut suami supaya dia rasa lega. Isteri solehah juga tidak akan keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

"Panggillah suami anda dengan dengan panggilan paling romantis seperti 'sayang' atau 'darling' dan kekalkan panggilan itu setiap masa," katanya.

Katanya, banyak perkara yang isteri ambil mudah, contohnya suami meminta isteri garu di belakangnya atau diurut, jangan pula kata tidak boleh kerana ia boleh menyebabkan suami berkecil hati, katanya.

Beliau berkata, isteri solehah perlu ada sifat rendah diri serta pandai menyimpan rahsia suami dan rumah tangga mereka.

"Nabi Muhammad berkata 'rumahku syurgaku' walaupun rumah baginda tidak memiliki apa-apa," katanya.

Katanya, anak yang sudah berkahwin jangan lupa kepada ibu bapa kerana doa mereka menjadi keredhaan hidup di dunia dan akhirat.

"Jangan biarkan ibu bapa menangis dan tidur dengan linangan air mata kerana tingkah laku anda," katanya.


Monday 5 November 2012

Bercinta sampai ke SYURGA... ♥


Lelaki : Assalamua'laikum bidadariku ~ setiap hari selepas baca al-Quran, sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis... Kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Wanita : Waa'laikumsalam... Orang merajuk... :(


Lelaki : Laa... Kenapa ni??

Wanita : Semalam abang ponteng tahajjud!! Sayang call kejut abang tak jawab... :'(


Lelaki : Astagfirullahal'azim... Abang penat + malas semalam...


Wanita : Tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2...


Lelaki : hmm... Betullah tu... Abang mintak maaf... :'(


Wanita : Kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal... Bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah... Macam mana kita nak jumpa? Sayang tak mahu berpisah dengan abang... Abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?


Lelaki : (mengalir air mata)... Semoga ALLAH ampunkan abang... Malam ni abg tak malas2 lagi...
 
~ Mencari Keredhaan Illahi ~