Pages

Monday 25 March 2013

Siapa Yang Sudi Sembahyangkan Mayat Pengganas Filipina Di Sabah?



Ramai yang terlalu emosi apabila mendapat tahu tentang tindakan kejam para pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, yang memperlakukan mayat perwira-perwira negara yang terkorban lebih buruk dari haiwan.

Memang benar. Saya sendiri marah-marah dengan perlakuan tidak bertamadun oleh para pengganas dari Filipina itu. Kononnya mereka beragama Islam, tapi akhlaknya lebih buruk dari syaitan.

Pun begitu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.

Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.

Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Inilah bayangan Islam sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak secara emosi dan mengikut perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda yang membawa maksud bahawa sifat amarah itu berasal dari syaitan dan kita umat Islam diseru supaya tidak terpengaruh dengan sifat mazmumah tersebut.

Siapa di antara kita yang mampu mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh Shamsuddin itu? Anda mampu mengawal emosi anda?

Biar apa pun, kita sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa para pengganas yang menceroboh itu beragama Islam. Sama ada Islamnya dipandang Allah SWT atau tidak, itu urusan Allah dan hambaNya.

Kita sebagai umat Muhammad SAW wajar mengawal emosi apabila berdepan dengan ujian sebegini hebat dariNya. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Namun sama ada kita mengambil iktibar atau tidak, itu terserah pada diri masing-masing, bukan?


Saturday 23 March 2013

Rintihan Kalbu

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai a'bdi
Kepada Allah, Allahurabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu


Wednesday 20 March 2013

Setiap perkara yg Sunnah pasti ada hikmahnya...




KISAH BUDAK PENJUAL KUIH



Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.


"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.


“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.




"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"


Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.


"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.


Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.


Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."


Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.


Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman


Tuesday 19 March 2013

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi


Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Sunday 17 March 2013

Sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut kelahiran bayi

Antara perkara yang Rasulullah SAW letakkan keutamaan yang sangat tinggi adalah DIDIKAN GENERASI AKAN DATANG. Baginda memikirkan 'didikan awal' jauh diluar batasan pemikiran manusia. Nabi SAW jadikannya penting sejak sebelum perkahwinan lagi... semasa memilih calon dan kemudian proses mengandung dan sebagainya. Bayi sangat suci semasa dilahirkan, maka hubungkanlah terus dengan amalan, akhlak dan petunjuk dari Nabi SAW. Selamat menonton..






Thursday 14 March 2013

Hati Seorang Suami



Ketika suamimu itu menikahi dirimu, apakah yang dirinya harapkan...? Dia berdoa, berharap dan bermimpi dikurnia teman yang akan menemani kehidupannya dalam susah dan senang. Ketika dia membuat keputusan untuk menikahimu, dia berjanji dalam hati mahu menjadi suami yang baik dan membahagiakanmu bersama anak-anak yang bakal dianugerahkan ALLAH. 

Dan sebaik bermula perjalanan pernikahan, janji-janjinya direntangkan ALLAH ujian yang pelbagai... Hidup ini menuntutnya bekerja keras. Bekerja keras di luar rumah,mengharung cabarang hidup. Bekerja keras dengan sikapnya, perasaaan dan dalaman yang punya banyak kelemahan. Bekerja keras untuk tetap mencintaimu seorang isteri dan zuriatnya yang dikurnia ALLAH.

Namun, hati seorang suami itu kabur memahami tika dalam diam si isteri sebenarnya merasa sepi, sedih dan jauh dari menganyam kebahagiaan dengan suami. Isteri merasa tertinggalkan dan terasing dari suami yang melalui kehidupannya sendiri.

Dalam hiruk pikuk dan kepantasan dunia, suami dan isteri tidak sempat saling berbicara ke sudut hati, apakah kita ini bahagia dalam kehidupan bersama? Dalam tinggal serumah, tidur sekatil, ada tubuh-tubuh suami isteri yang kelihatannya dekat namun tidak ada rasa selamat dan tidak tenang untuk saling mencurah perasaan.

Ada rasa yang tertahankan. Ada kemesraan yang tak terpamerkan. Ada bisikan yang bergema sekadar dalam hati. Memandang wajah terasa tiada seri. Meneruskan hidup atas nama suami isteri, namun hati tidak saling mengerti. Saling mengasihi, mencintai dan merindui...? Itu telah lama pergi, pernikahan ini nampak hidup hanya kerana anak-anak yang berhati suci memandang dan menagih kasih ibu sayang saban hari...

Wahai isteri, tika sudi dinikahi, yang dirimu inginkan sebenarnya menjadi isteri penuh cinta lagi membahagiakan suami. Galilah semua niat itu, bekerjalah menghidupkannya. Dan luruskan tujuan kerana ALLAH. Sekalipun suami seolah menyalahimu, mengasarimu, mengabaikan dirimu, bangunkanlah kelembutan dan sifat penuh pengertian untuk dirimu terus berdamping dengan suami. Untuk terus berbuat baik dengan suami sekalipun dirimu 'tidak merasa kebaikannya' lagi. Berterima kasih pada ALLAH atas kurnia suami dengan cara menjadi teman yang mendorong, menenangkan dan membantu suami dalam urusan dunia dan keimanannya.

Wahai isteri, setiap hari sedia masa untuk merenung ayat ayat ALLAH dan hadis titipan Rasulullah SAW, itu kunci utama perjalanan menjadi isteri yang bahagia.

Setiap hari, teruskan berkenalan dengan suami, senyum padanya, bersahabatlah dengan suami dengan bertanya khabar, mengambil berat dan berkomunikasi tentang keperluaanmu dengan penuh baik, dalam penuh hormat dengan bahasa yang difahami suami. Suami sangat perlukan kalian bernama isteri sebagai teman yang menghibur dan memerhatikan kehidupannya.

Isilah hati suami dengan penghormatan dan cinta agar dia tidak merasa untuk mendapatkannya dari perempuan lain yang bukan bernama isteri. kata-kata terima kasih, pujian, dan penghargaan adalah batu-batu kecil membangunkan mahligai rumahtangga yang bahagia.

Suamimu perlu dorongan dan kritikan. Perlukan nasihat dan arah untuk membahagiakan dirimu. Tunjukkan dengan hormat. Dia ingin menjadi pemimpinmu, jadilah isteri yang membangun kepimpinannya.

Setiap kebaikanmu kepada suami adalah sedekah. Kata-kata baikmu adalah sedekah. Isteri yang baik dan mulia lagi penuh pengertian, mana suami yang tak ingin membahagiakan?

Mulakan dengan dirimu, menjadi isteri yang membahagiakan. Mohonlah kekuatan dari Tuhan.

Sesekali..

 

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa.

Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari.

Tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...
sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...
sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

Tuesday 12 March 2013

Penghafal Al-quran Ditakuti Orang Israel



Artikel Dr Stephen Carr Leon patut menjadi renungan bersama. Stephen menulis dari pengamatan langsung. Setelah berada 3 tahun di Israel karena menjalani housemanship dibeberapa rumah sakit di sana. Dirinya melihat ada beberapa hal yang menarik yang dapat ditarik sebagai bahan tesisnya, yaitu, “Mengapa Yahudi Pintar?”
Ketika tahun kedua, akhir bulan Desember 1980, Stephen sedang menghitung hari untuk pulang ke California, terlintas di benaknya, apa sebabnya Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau hasil usaha sendiri?
Maka Stephen tergerak membuat tesis untuk Phd-nya. Sekadar untuk Anda ketahui, tesis ini memakan waktu hampir delapan tahun. Karena harus mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Marilah kita mulai dengan persiapan awal melahirkan. Di Israel, setelah mengetahui sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapak akan membeli buku matematika dan menyelesaikan soal bersama suami.
Stephen sungguh heran karena temannya yang mengandung sering membawa buku matematika dan bertanya beberapa soal yang tak dapat diselesaikan. Kebetulan Stephen suka matematika. Stephen bertanya,
“Apakah ini untuk anak kamu?”
Dia menjawab,
“Iya, ini untuk anak saya yang masih di kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi jenius.”
Hal ini membuat Stephen tertarik untuk mengikut terus perkembangannya. Kembali ke matematika tadi, tanpa merasa jenuh si calon ibu mengerjakan latihan matematika sampai genap melahirkan.
Hal lain yang Stephen perhatikan adalah cara makan. Sejak awal mengandung dia suka sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu. Tengah hari makanan utamanya roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang-kacangan.
Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merusak perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung. menjadi semacam kewajiban untuk ibu yang sedang mengandung mengonsumsi pil minyak ikan.
Ketika diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi. Begitu Stephen menceritakan,
“Perhatian utama saya adalah menu mereka. Pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet),”
ungkapnya.
Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging. Ikan dan daging tidak ada bersama di satu meja. Menurut keluarga Yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama. Salad dan kacang, harus, terutama kacang badam.
Uniknya, mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum hidangan utama. Jangan terperanjat jika Anda diundang ke rumah Yahudi Anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk.Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah tabu, apabila Anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok. Tanpa sungkan mereka akan menyuruh Anda keluar dari rumah mereka. Menyuruh Anda merokok di luar rumah mereka.
Menurut ilmuwan di Universitas Israel, penelitian menunjukkan nikotin dapat merusakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Artinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh). Suatu penemuan yang dari saintis gen dan DNA Israel.
Perhatian Stephen selanjutnya adalah mengunjungi anak-anak Yahudi. Mereka sangat memperhatikan makanan, makanan awal adalah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).
Dalam pengamatan Stephen, anak-anak Yahudi sungguh cerdas. Rata rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggris. Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajiban.
Menurut mereka bermain musik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu bakal menjadikan anak pintar.
Ini menurut saintis Yahudi, hentakan musik dapat merangsang otak. Tak heran banyak pakar musik dari kaum Yahudi. Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematika berbasis perniagaan. Pelajaran IPA sangat diutamakan. Di dalam pengamatan Stephen,
“Perbandingan dengan anak anak di California, dalam tingkat IQ-nya bisa saya katakan 6 tahun kebelakang!! !” katanya.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi olahraga juga menjadi kewajiban bagi mereka. Olahraga yang diutamakan adalah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman Yahudi-nya Stephen, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus. Disamping itu menembak bagian dari persiapan untuk membela negara.
Selanjutnya perhatian Stephen ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid-murid digojlok dengan pelajaran sains. Mereka didorong untuk menciptakan produk. Meski proyek mereka kadangkala kelihatannya lucu dan memboroskan, tetap diteliti dengan serius. Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, medis dan teknik. Ide itu akan dibawa ke jenjang lebih tinggi.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakultas ekonomi. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka belajar ekonomi. Diakhir tahun diuniversitas, mahasiswa diharuskan mengerjakan proyek. Mereka harus memperaktekkanya. Anda hanya akan lulus jika team Anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta!
Anda terperanjat?
Itulah kenyataannya.
Kesimpulan pada teori Stephen adalah, melahirkan anak dan keturunan yang cerdas adalah keharusan. Tentunya bukan perkara yang bisa diselesaikan semalaman. Perlu proses, melewati beberapa generasi mungkin?
Mengapa Israel mengincar anak-anak Palestina.?
Kabar lain tentang bagaimana pendidikan anak adalah dari saudara kita di Palestina. Mengapa Israel mengincar anak-anak Palestina. Terjawab sudah mengapa agresi militer Israel yang biadab dari 27 Desember 2008 kemarin memfokuskan diri pada pembantaian anak-anak Palestina di Jalur Gaza.
Seperti yang kita ketahui, setelah lewat tiga minggu, jumlah korban tewas akibat holocaust itu sudah mencapai lebih dari 1300 orang lebih. Hampir setengah darinya adalah anak-anak.
Selain karena memang tabiat Yahudi yang tidak punya nurani, target anak-anak bukanlah kebetulan belaka. Sebulan lalu, sesuai Ramadhan 1429 Hijriah, Ismali Haniya, pemimpin Hamas, melantik sekitar 3500 anak-anak Palestina yang sudah hafidz al-Quran.
Anak-anak yang sudah hafal 30 juz Alquran ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi. “Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Alquran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?” demikian pemikiran yang berkembang di pikiran orang-orang Yahudi..
Tidak heran jika-anak Palestina menjadi para penghafal Alquran. Kondisi Gaza yang diblokade dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus intens berinteraksi dengan al-Qur’an. Tak ada main Play Station atau game bagi mereka. Namun kondisi itu memacu mereka untuk menjadi para penghafal yang masih begitu belia. Kini, karena ketakutan sang penjajah, sekitar 500 bocah penghafal Quran itu telah syahid.
Perang panjang dengan Yahudi akan berlanjut entah sampai berapa generasi lagi. Ini cuma masalah giliran. Sekarang Palestina dan besok bisa jadi Indonesia. Bagaimana perbandingan perhatian pemerintah Indonesia dalam membina generasi penerus dibanding dengan negara tetangganya.
Ambil contoh tetangga kita yang terdekat adalah Singapura. Contoh yang penulis ambil sederhana saja, Rokok. Singapura selain menerapkan aturan yang ketat tentang rokok, juga harganya sangat mahal.
Benarkah merokok dapat melahirkan generasi “Goblok!” kata Goblok bukan dari penulis, tapi kata itu sendiri dari Stephen Carr Leon sendiri. Dia sudah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
“Lihat saja Indonesia,”
katanya seperti dalam tulisan itu.  Jika Anda ke Jakarta, di mana saja Anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium, hidung Anda akan segera mencium bau asak rokok! Berapa harga rokok? Cuma US$ .70cts !!!
“Hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak universitas? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematika sedunia?
Apakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri?”
SEBUAH BAHAN RENUNGAN BAGI KITA SEMUA. SEMOGA KITA SADAR APA YANG TELAH , SEDANG DAN KE DEPAN YANG AKAN KITA LAKUKAN….
sumber : sabili
SUNGGUH BERUNTUNG ORANG YANG BERJIWA LEMBUT

Kerana dia ada segala keperluan jiwa

1- dialah pemaaf
2- dia juga pemalu
3- dia pembimbing
4- dia tenang
5- dia selalu senyum
6- dia ikhlas
7- dia suka memberi
8- dia prihatin dan sentiasa peka
9- dia memahami dirinya begitu...sepertimana dia berbicara dengan TUHAN nya

Sunday 10 March 2013

Cinta yang halal dirosakkan dan yang haram dibelai.

Apabila sesuatu cinta itu haram maka syaitan akan berusaha untuk menggoda mereka agar mengeratkan perhubungan dan bergembira. Jika berada jauh disuruh dekat, jika malu disuruh berani dan jika malas disuruh rajin untuk menyemarakkan benih-benih cinta yang haram. 

Namun apabila ia sudah menjadi halal maka syaitan akan berusaha pula untuk memisahkannya, menjadikan mereka bergaduh, berpisah dan merasa tersiksa atau bosan dengan sikap satu sama lain. Jika dekat disuruh berjauhan, jika sabar disuruh marah dan jika mesra pula disuruh bermasam-muka. 

Abdullah bin Mas’ud RA diriwayatkan berkata, إن الحب من الرحمن، وإن البغض من الشيطان، يريد أن يبغض لكم ما أحل الله لكم ‘Sesungguhnya cinta itu berasal daripada Ar-Rahman, manakala kebencian itu pula berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu. [Riwayat Abd Razzaq di dalam Al-Musonnaf]

Yang halal itu selalu menjadi mangsa sedang yang haram pula selalu menggoda.


Syaitan menjadikan apa yg haram itu indah dan yg halal itu pula susah. Hakikatnya tidak ada bahagia pd hidup yg jauh dr pertunjuk Allah.
Usai menela'ah buku, aku pergi bertenggek di sebelah rakan-rakan hostel yang tengah berbual. Ada abang senior yang sudah berkahwin tengah ceritakan kisah pendek tentang beliau dan isteri untuk dikongsikan bersama kami angkatan junior bujang.

Senior: Dulu masa saya mula-mula kahwin, memang tak ada duit. Makan pun sekali sehari. Kami laki bini berjimat cermat. Maklumlah gaji tak sampai seribu pun. Tolak campur bil itu ini, bayar itu ini, tinggal cukup-cukup makan je.

Angkatan junior bujang: Pastu, pastu?

Senior: Suatu hari, saya balik kerja tengok isteri termenung panjang. Dia cakap kawan perempuan dia datang ke rumah tadi. Kawan dia cerita yang suami dia hadiahkan dia cincin berlian sebab dia masakkan makanan kegemaran suami. Lepas tu, suami dia bawa pergi melancong ke luar negara sebagai upah isteri jaga masa dia demam. "So sweet~" Isteri saya bercerita panjang.

Angkatan junior bujang: Pastu, bro belikan cincin gak ke?

Senior: Saya bagitaulah isteri saya nak bagi sesuatu juga. Isteri saya pun bukan main happy lagi. Saya suruh dia tunggu di ruang tamu. Saya kata lama sikitlah tunggu tu. Lepas tu saya ke dapur. Tak lama lepas tu, saya keluar bawa sesuatu.

Angkatan junior bujang: Fuh dahsyat, abg pergi buat cincin ke kat dapur?

Senior: Haha. Tengkorak hang wat cincin! Saya pergi buat cekodok pisanglah. Lepas tu saya hidangkan dekat isteri. Saya cakap kat isteri,

"Meh abang suapkan. Cekodok pisang ni abang buat sendiri, abang dah siap selawat masa buat cekodok ni, kemudian abang dah minta doa dekat Allah moga-moga isteri makin sayang bila makan cekodok ni. Cekodok ni memang murah, tapi mahal nilainya. Memang cekodok ni tak setanding dengan harga cincin berlian, tapi setakat waktu ni, inilah yang termampu dari abang. Cekodok kasih sayang sebagai secebis tanda penghargaan utk isteri.."

Isteri saya terus menangis. Dia cium tangan saya, dia minta maaf sebab buat suami terasa hati. Memang kita tak dapat berikan kemewahan ikut gaya orang lain, tapi kita boleh buat orang yang kita sayang bahagia dengan cara kita sendiri. 

Angkatan junior bujang: (tersengeh2 macam siamang belaker..semua terasa 'gatal' tiba-tiba..)

Bukan Semua Ahli Keluarga Boleh Berjabat Tangan



Bersalaman atau berjabat tangan antara lelaki dengan perempuan seperti perkara biasa sahaja, lebih-lebih lagi di kalangan keluarga, tidak kira dekat ataupun jauh. Sebenarnya tidaklah begitu. Agama telah mengaturkan bukan semua keluarga dibolehkan dijabati tangan, ada yang boleh, ada pula yang tidak boleh. Perkara inilah yang hendak dihuraikan dalam ruangan ini.

Dalam ahli keluarga itu, ada yang dikategorikan sebagai mahram dan ada juga yang dikategorikan sebagai bukan mahram. Namun untuk memudah cara mengetahui siapa yang bukan mahram, memadai dengan mengetahui siapa yang dikatakan perempuan mahram itu.

Perempuan mahram itu ialah perempuan yang haram dinikahi atau dijadikan isteri. Hakikat mahram yang sebenarnya ialah perempuan yang dihalalkan untuk dilihat, diajak berdua-duaan atau berpergian dengannya.

Perempuan mahram terbahagi kepada tiga bahagian dengan sebab-sebab yang tertentu:

Pertama: Mahram kerana keturunan.
Kedua: Mahram kerana saudara sesusuan.
Ketiga: Mahram kerana perkahwinan.

Perempuan mahram kerana keturunan adalah seperti berikut:

1. Ibu kandung, termasuk nenek dan seterusnya ke atas.
2. Anak perempuan kandung, termasuk cucu dan seterusnya ke bawah.
3. Adik beradik perempuan seibu sebapa.
4. Adik beradik perempuan sebapa.
5. Adik beradik perempuan seibu.
6. Emak saudara sebelah bapa (adik‐beradik bapa) dan seterusnya ke atas.
7. Emak saudara sebelah ibu (adik‐beradik ibu) dan seterusnya ke atas.
8. Anak perempuan dari adik‐beradik lelaki mahupun dari adik‐beradik perempuan (anak kemanakan).

Mahram kerana saudara sesusuan sama pembahagiannya dengan mahram kerana keturunan, sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya: “Dilarang untuk dinikahi saudara (adik-beradik) perempuan sesusuan sebagaimana dilarang untuk dinikahi saudara perempuan kerana keturunan.”(Hadis riwayat Muslim)

Nash yang menyebutkan tentang kedua-dua bahagian mahram ini pula ada tersebut di dalam Al-Qur’an melalui firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam surah an-Nisa ayat 23.

Sementara itu perempuan yang termasuk di dalam kategori mahram kerana perkahwinan adalah seperti berikut:

1. Emak mertua.
2. Anak menantu.
3. Emak tiri.
4. Anak tiri.

Oleh itu, perempuan-perempuan dari ahli keluarga isteri selain empat orang yang disebutkan di atas kekal sebagai perempuan ajnabiyyah. Perempuan ajnabiyyah itu ialah perempuan yang boleh dinikahi, tidak halal untuk dilihat, haram diajak berdua-duaan dan berpergian dengannya dan ia adalah perkataan lawan bagi perkataan perempuan mahram.

Contoh Ahli Keluarga Yang Bukan Mahram

Contoh ahli keluarga yang bukan termasuk dalam kategori mahram kerana perkahwinan dan kekal batasan hukumnya seperti perempuan ajnabiyyah ialah:

1. Isteri kepada adik‐beradik bapa. (emak saudara sebelah bapa)
2. Isteri kepada adik‐beradik emak. (emak saudara sebelah emak)
3. Adik‐beradik bapa mertua perempuan.
4. Adik‐beradik emak mertua perempuan.
5. Anak kemanakan isteri perempuan. (anak adik‐beradik isteri)
6. Kakak ipar.
7. Adik ipar perempuan.

Contoh ahli keluarga yang bukan termasuk dalam kategori mahram kerana keturunan dan kekal batasan hukumnya seperti perempuan ajnabiyyah ialah:

1. Sepupu perempuan. (anak adik beradik bapa atau emak)
2. Sepupu bapa.
3. Sepupu emak.

Oleh kerana mereka ini tidak tersenarai dalam kategori mahram yang disebutkan sebelum ini, maka batasan hukum bersentuhan dengan mereka ini adalah sama dengan perempuan ajnabiyyah.

Dalil yang menunjukkan larangan bersalaman dengan perempuan ajnabiyyah ini jelas sepertimana disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

Maksudnya: “Daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dia berkata“Dan tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu tidak pernah menyentuh tangan seorang perempuan kecuali perempuan yang Baginda miliki iaitu perempuan yang telah Baginda nikahi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam sebuah hadis yang lain lagi, diriwayatkan oleh Malik, an-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ahmad iaitu:
Maksudnya: “Daripada Muhammad bin Al-Munkadir, daripada Umaimah binti Ruqaiqah, dia berkata“Saya datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersama-sama sekumpulan perempuan dan mengadakan bai‘at (pengakuan ta‘at setia) dengan Baginda. Mereka berkata“Wahai Rasulullah! Kami berbai‘ah kepada Tuan hamba untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak- anak kami, tidak menipu dan tidak ingkar kepada Tuan hamba di dalam kebaikan.”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda“Pada perkara yang kamu sekalian boleh dan mampu melaksanakannya.”

Mereka berkata“Allah dan RasulNya lebih menyayangi kami dari diri kami sendiri. Biarlah kami berbai‘ah kepada Tuan hamba wahai Rasulullah.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda“Sesungguhnya saya tidak bersalaman dengan perempuan-perempuan. Sesungguhnya perkataanku untuk seratus orang perempuan adalah sama dengan perkataanku untuk seorang perempuan.” (Hadis riwayat Malik, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ahmad)

Dari hadis-hadis yang telah disebutkan di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum bersalaman dengan perempuan ajnabiyyah itu adalah haram. Ini berdasarkan kepada hadis yang menyebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallamtidak pernah menyentuh perempuan walau hanya sekadar tangannya melainkan isteri-isterinya, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga tidak bersalaman dengan perempuan-perempuan pada waktu membai‘ah (menerima pengakuan taat setia) daripada mereka.

Maka apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak bersalaman dengan para perempuan pada saat-saat yang penting begini iaitu pada waktu melaksanakanbai‘ah, ini menunjukkan bahawa bersalaman dengan perempuan ajnabiyyah pada keadaan-keadaan atau perjumpaan-perjumpaan biasa adalah terlebih-lebih utama dilarang.

Oleh kerana itu, kita perlulah memerhati dengan teliti dan berhati-hati dengan siapa kita boleh bersalaman dan dengan siapa kita dilarang untuk bersalaman, kerana apa yang kita dapati dan kita lihat di kalangan masyarakat kita, ramai yang bersalaman dengan orang-orang yang disangkanya boleh bersalaman, akan tetapi sebenarnya ia adalah dilarang (haram).

Ancaman bersalaman atau berjabat tangan dengan perempuan ajnabiyyah ini ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Thabarani dan al-Baihaqi iaitu:

Maksudnya: “Daripada Ma‘qil bin Yasar Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda“Seseorang di antara kamu dicucuk kepalanya dengan jarum dari besi adalah lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal untuknya.” (Hadis riwayat at-Thabrani dan al-Baihaqi)

Bayangkanlah bagaimana seseorang ditusuk atau dicucuk kepalanya dengan sebatang jarum, tentulah amat sakit, dan kesakitan itu terlebih baik baginya dari dia melakukan dosa menyentuh perempuan ajnabiyyah. Ini membayangkan kepada kita betapa besarnya dosa akibat perbuatan menyentuh perempuan yang tidak halal untuk disentuh itu.

Adapun hikmat kenapa kita diharamkan untuk bersalaman dengan perempuanajnabiyyah, antaranya bahawa perempuan itu adalah sebesar-besar fitnah atau dengan kata lain, fitnah yang paling memudaratkan terhadap lelaki seperti boleh merangsang syahwat dan menarik perhatian. Ini jelas sebagaimana yang disebutkan oleh sebuah hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas kewafatanku, fitnah yang lebih mudarat ke atas kaum lelaki daripada fitnah kaum perempuan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu, kita diharamkan melihat batas-batas yang diharamkan dilihat bagi perempuan-perempuan yang bukan mahram, kerana mereka boleh merangsang syahwat, mendatangkan fitnah dan menarik hati untuk terpaut kepada mereka.

Bertolak dari sini, dapatlah kita tanggapi bahawa larangan bersalaman dengan perempuan ajnabiyyah itu merupakan jaminan keselamatan bagi kita daripada fitnah. Maka wajiblah bagi kita menjauhi perkara yang berbahaya itu.

Sebagai kesimpulan, tidak semua kalangan ahli keluarga kita boleh bersalaman atau berjabat tangan dengan mereka sepertimana yang disebutkan sebelum ini. Dengan adanya pengetahuan mengenai batasan bersalaman atau berjabat tangan sesama ahli keluarga yang bukan dikategorikan sebagai mahram kerana perkahwinan ataupun mahram kerana keturunan, kita akan lebih berhati-hati supaya tidak terjadi perlanggaran batasan-batasan yang telah ditentukan dalam hukum syara‘.

Wednesday 6 March 2013

Perihal kasih sayang.





Ingin saya kongsikan untuk renungan bersama. Sesungguhnya hidup ini yang pasti penuh dengan cabaran. Semoga kasih sayang menjadi ubat yang berkesan untuk hati yang keresahan. 


Cerita ini bermula dengan seorang lelaki menghukum anak perempuannya yang berusia 3 tahun kerana membazirkan segulung kertas pembalut hadiah emas. Kewangannya pada ketika itu agak sempit, dan dia menjadi marah apabila anak tersebut cuba membalut sebuah kotak. Namun begitu, budak itu tetap  membalutnya dan membawa hadiah tersebut kepada bapanya pada keesokan harinya. Sambil menghulurkannya, dia berkata, “Ini khas untuk Ayah” Dengan perasaan segan atas tindakannya pada malam sebelum itu, bapanya pun membuka hadiah tersebut.


Namun, dia menjadi lebih marah apabila didapati bahawa kotak tersebut kosong. Lantas dia menjerit kepada anaknya,  “Tidakkah awak tahu bahawa jika seseorang memberi hadiah, dia perlu meletakkan sesuatu dalam kotak itu?” Anaknya melihat kepadanya dengan tangisan yang banyak dan berkata,  ”Oh Ayah, kotak ini tidak kosong. Saya tiupkan kucupan yang banyak ke dalamnya. Kesemuanya untuk Ayah.” Hati bapanya hancur apabila mendengar kata-kata anaknya. Dia memeluknya dan meminta kemaafan daripadanya. 


Tidak lama dari kejadian itu, satu kemalangan telah meragut nyawa anak tersebut. Bapanya masih menyimpan kotak tersebut di tepi katilnya. Setiap ketika dia berasa sedih atau putus asa, dia akan mengambil satu kucupan imaginasi anaknya dan ingat kepada kasih anak yang telah meletakkanya di situ. Sebagai seorang insan, kita memang dianugerahkan dengan satu bekas emas yang dipenuhi dengan kasih yang tanpa batasan dan kucupan sayang daripada anak kita, keluarga, rakan-rakan dan juga AllahTiada hadiah lebih berharga daripada ini.