Pages

Thursday 31 January 2013

Doa Murah Rezeki


Suatu tgh malam. Dua jiran bersembang-sembang dari rumah masing-masing.

Shahrul Maizam:"Jiran sebelah tu, rumah hang ada lampu tak?"

Zulpadli: "Ada je. Apesal?"

Shahrul Maizam: "Rumah aku gelap gelita ni. Tarik lampu dari rumah hang boleh?"

Zulpadli: "Aku try ye."

Shahrul Maizam: "Cepat sket boleh tak?"

Zulpadli: "Sabaq naaa..ish aku dah try, tak bolehlah..dinding rumah hang ni tebal pelik je.."

Shahrul Maizam: "Pullak. Alamak, ada tetamu dtg la....satt...satt.."

"PANG PANG PANG!!"

Zulpadli: "Oit jiran sebelah, hang terlanggaq apa yang bising sangat tu..?"

Sayup-sayup bunyi di kejauhan. Halus je suara org kesakitan. Zulpadli digamit bimbang. Seketika kemudian, jirannya tu menyahut panggilan Zulpadli.

Shahrul Maizam: "Adoi..aku kena tibai dengan tetamu aku tadi dalam gelap..terperosok jauh aku tadi. Aku rasa semua tulang rusuk aku dah patah.." ( menangis kesakitan )

Zulpadli: "Hang ok ka? Risau aku. Aku datang tempat hang boleh?"

Shahrul Maizam: "Logikla sikit..mana boleh. Hang mana boleh masuk kubur aku dari kubur hang."

Zulpadli: "Eh ye tak ye gak. Rumah aku ni selesa sangat. Aku tak rasa macam duk dalam kubur plak..hehehe..sori..sori.."

Shahrul Maizam: "Aku menyesal hang tau tak. Aku ni takdala jahat sangat, aku malas solat je kat dunia..tapi ni lah natijahnya yang aku dapat..aku nak kembali ke dunia..aku nak kembali...!!"

Zulpadli: "Sabar...al-sobru minal iimaan..sabar itu dari iman..bawak bertenang..mengucap...ingat kat Allah..."

Shahrul Maizam: "Wei!! Aku tak tahan lagi..kat kaki aku penuh ular, lipan, kala jengking, hari-hari belit aku, sengat aku, patuk aku. Tiap-tiap hari aku 'mati' dan 'mati' over and over again..padahal aku memang dah mati! Aku nak kembali!!! Tolonglah akU!!"

Zulpadli tiba-tiba rasa sebak, teringat kata-kata Allah dalam al-Quran Surah al-Zumar ayat 58 yang bermaksud:

"..Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!" 

Nadanya hampir sama dengan jeritan dan keluhan jiran kubur sebelahnya itu.

Seingat Zulpadli, apa yang beliau amalkan di dunia adalah konsisten solat berjemaah di masjid. Derma juga pada tabung masjid walaupun dirinya miskin hina. Tidak membantah kata parents dan guru. Ikut landasan al-Quran dan hadith.

Timbul rasa syukur dalam sebak rasa.

**
Shahrul Maizam: "Tak boleh ke hang try sekali lagi tarik lampu dari rumah hang? Please~~"

Wednesday 30 January 2013

Aminah dan Azali - "Terima kasih Ustaz Don!"


Jika hati ini seringkali iri,
Jadikan ia cerah secerah mentari,
Jika hati ini seringkali dendam,
Jadikan ia penuh kemesraan,
Jika hati ini seringkali dengki,
Jadikan ia penuh simpati…





Aku yang kau panggil sayang
Ingin menghampiri masa-masa silam
Engkau yang ku panggil sayang
Pernah meneroka hati ini
Detik kemanisan pun berlalu
Ke manakah janjimu yang suci

Aku yang kau panggil sayang
Ingin ku mengutip sisa-sisa cinta
Engkau yang ku panggil sayang
Menapak ke hala persimpangan
Tanpa meninggalkan kata-kata
Bila kau kan kembali lagi

Seraut wajah sering ku usap
Dalam mimpi kita pun bersenda
Siangku menyebutmu di malam sunyi
Ku digoda rindu... oh...

Aku yang kau panggil sayang
Dalam kegelapan ku mencari kasih
Engkau yang ku panggil sayang
Mungkin kali ini kehilangan
Berikan daku saat terakhir
Mengusap muka mu oh sayang...

Tuesday 29 January 2013

Cintai Allah SWT.

Kamu mencintai 3 perkara. Sayangnya ia bukan milik kamu :-

i) Kamu mencintai diri. Diri itu milik hawa nafsu
ii) Kamu mencintai ruh. Ruh itu milik Allah
iii) Kamu mencintai harta benda. Ianya milik waris.
dan kamu mencari-cari 2 perkara, sayangnya 2 perkara tersebut juga takkan kamu temui di dunia iaitu kesenangan dan kebahagiaan mutlak. Kedua-duanya hanya terdapat di akhirat.


Mana milik kita...

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya.

Friday 25 January 2013

3 Perkara tentang dunia, yang disukai oleh Rasulullah SAW dan sahabat

Rasullah bersabda yg bermaksud : Diberi perasaan minat di dalam hatiku terhadap dunia kamu itu 3 Perkara :
  1. Bau-bauan yg harum.
  2. Perempuan.
  3. Ketetapan hati di dalam sembahyang.
Lalu berkata Sayyidina Abu Bakar RA kpd Nabi, benar engkau ya Rasulullah dan saya juga diberi oleh Allah SWT perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1. Melihat wajah engkau ya Rasulullah.
  2. Membelanjakan harta hamba kpd engkau ya Rasulullah.
  3. Memperisterikan anak hamba kpd engkau ya Rasulullah.
Maka berkata Sayyidina Umar RA, benar engkau hai Abu Bakar, dan saya juga diberi perasaan minat kpd dunia 3 perkara :
  1. Menyuruh dgn perkara yg baik.
  2. Mencegah yg mungkar.
  3. Berpakaian sederhana (tidak menunjuk).
Maka berkata pula Sayyidina Usman RA, benar engkau hai Umar,  dan saya juga diberi oleh Allah SWT perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1. Memberi makan kpd org2 yg lapar.
  2. Memberi pakaian kpd org2 yg tiada.
  3. Membaca Al-Quran.
Setelah itu maka berkata pula Sayyidina Ali RA, benar engkau hai Usman, dan saya juga diberi perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1. Gemar bekerja utk org jamuan.
  2. Berpuasa pada waktu panas.
  3. Gemar berperang pd jalan Allah.
Ketika Nabi dan sahabat sedang berbincang masaalah minat masing, maka dtg Jibril AS, lalu ia berkata : "Telah mengutus oleh Allah SWT saya kpd kamu sekelian supaya kamu bertanya apakah minatku terhadap dunia ini, sekiranya aku ni ahlinya". Lalu Nabi SAW pun bertanya : "Wahai Jibril apakah kegemaran kau di atas dunia ini?" maka Jibril pun menjawab : "saya berminat :
  1. menunjukkan orang2 yg sesat.
  2. berkawan dgn orang2 yg berbuat ibadat.
  3. menolong ahli keluarga dan kaum kerabat yg kesusahan.
Dan berkata Jibril lagi : Allah SWT kpd sekelian hamba itu dgn 3 perkara juga :
  1. Memalingkan kekuasaan itu kpd kebajikan.
  2. Menangis apabila menyesal.
  3. Bersabar apabila kesusahan.

Monday 21 January 2013

Budaya Jahiliah Abad Moden (I)

Budaya campak tepung, rosakkan kek hari lahir, parti hari lahir campur laki pompuan dewasa...

''Itu semua poyooooooooo!! ~~"

Tepung tu boleh buat lempeng, roti canai. Kek hari lahir tu pula bukannya murah. Orang miskin tak mampu pun beli kek. Terliur fakir miskin tengok bila lalu kedai kek. Ada je orang yang sekali setahun je dapat merasa makan kek. 

Ingat. Semua ni bukan budaya Islam pun. 

Tak surprise pun buat macam tu. Kalau nak buat juga:

1. Ramai-ramai berikan ucapan "Mati dah dekat, lekaslah bertaubat." Hadiah pun bagi hadiah kain kapan. Bagi hadiah kopiah/jubah bersama nota, "rajin2 solat ya." Hehe

2. Tadabbur pengertian Ya Siin ramai-ramai atau bertahlil bersama-sama member dalam bilik dorm. Sekurang-kurangnya ingat juga dekat mati. Ingat orang dah mati je ke baru nak bertahlil? Baca Ya Siin ni afdhalnya utk org yg masih hidup untuk diambil pengajaran dan peringatan. 

3. Solat hajat bersama-sama minta dipanjangkan umur, murah rezeki, kejayaan dunia akhirat dll. 

4. Berikan hadiah dan penghargaan. Bukan pada tuan punya badan, tapi pada si ibu yang melahirkan beliau. Susah payah si ibu yang mengandungkan beliau 9 bulan 10 hari. Kalau anak ada 10 orang, 10 kali ibu dpt hadiah. Terharu si ibu.

5. Dah terbeli tepung? Buatlah durian crepe. huhu

6. Bawak member tu naik van jenazah yg ada jenazah bersama-sama korang.

7. Bawak member pergi spital. Bila tengok org sakit, barulah hargai nikmat sihat nk wat ibadat.

8. Bawak member ziarah kubur. Tadelah benda lebih bijak atas dunia ni dari mengingati mati. "Kubur kita nanti kat mana lah ye..hari ni kita ada member ramai camni, bila dah mati tade geng dah..sorang-sorang je dlm kubur...tlg jgn miskol aku lak dlm kubur or mintak share kredit RM2.."

Selamat menyambut hari lahir. Semakin hari semakin dekat jarak kita dengan liang lahad.

Thursday 10 January 2013

Majlis MALAM CINTA RASUL 2013




Bersama HABIB SYECH Bin Abdul Qadir As Segaf, ditemani Habib Ali Zaenal 'Abidin Al Hamid di Stadium Badminton Cheras, KL pada RABU 9 Januari 2013 @ 26 Safar 1434.

Monday 7 January 2013

Mengingati Mati Lembutkan Hati



Ketika Amirul Mukminin Khalifah Umar bin al-Khattab RA mengalami sakratul maut, beliau meminta kepada anaknya supaya meletakkan pipinya di atas tanah. Umar RA menangis sambil berkata: ”Semoga Allah mengampuniku, Wahai Tuhan Pemilik Kerajaan yang tidak akan hilang, kasihanilah orang yang kerajaannya telah hilang.”

Mati yang diimpikan oleh orang beriman adalah mati yang membawa kepada kehidupan yang baru. Hidup dalam pelukan rahmat Tuhannya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: ”Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup, di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” Surah Ali ‘Imran: Ayat 169.

Terbunuh di jalan Allah bermakna mati syahid ketika berperang fi sabilillah. Bagaimanakah pula halnya dengan hamba-hamba Allah yang mati di atas katilnya? Yang menderita sakit atau orang yang mati tanpa sempat mengucapkan kata-kata perpisahan kepada keluarganya? Adakah mereka mendapat nikmat hidup di sisi Allah SWT sama seperti orang yang mati syahid?

Sebenarnya mereka juga akan mendapat kenikmatan yang tak kurang hebatnya berbanding saudara-saudara mereka yang syahid itu. Ini dinyatakan menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Jika salah seorang di antara kalian mati, maka ditampakkan kepadanya tempat tinggalnya setiap pagi dan petang. Jika ia ahli syurga maka ia termasuk penghuni syurga dan jika ia ahli neraka maka ia termasuk penghuni neraka. Lalu dikatakan: ”Inilah tempat tinggalmu hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ibnu Umar berkata: ”Perumpamaan orang mukmin saat roh dikeluarkan dari jasadnya adalah seperti orang yang keluar dari dalam penjara ke alam yang bebas. Ketika dia meninggal dunia ditampakkan kepadanya kurniaan Allah dan kemuliaan-Nya yang tak pernah dilihatnya di dunia. Tentu dia tidak mahu kembali lagi ke dunia sepertimana dia tidak mahu kembali ke dalam perut ibunya.”


Mengaku diri tidak takut mati adalah pembohongan yang nyata. Siapa yang tak gerun berhadapan dengan pertuduhan yang mempunyai bukti dan saksi yang kukuh. Tiada tipu helah yang dapat dilakukan, walaupun ketika hidup dia terkenal sebagai seorang yang petah bercakap, pandai berbelit lidah, memutar balik fakta dengan pembohongannya tetapi di alam barzakh nanti, wajah mayatnya yang pucat itu jelas menunjukkan tiada berguna lagi lidah yang fasih berhujah.

Tangannya yang menunjukkan kuasa ketika di dunia telah terikat oleh kafannya sendiri. Kaki yang kukuh menginjak kepala orang-orang miskin itu kini jadi umpan kala dan ular berbisa. Wajah yang dulu berseri hingga ramai manusia yang suka memandang dan memuji telah rosak binasa oleh semut-semut tanah yang menyakitkan apabila mereka mula menggigit, mengunyah perlahan-lahan daging di tulang pipinya, berpindah ke mulut yang busuk lantaran suka mengumpat, naik ke tulang hidung yang sombong, kedua biji mata yang gatal dan bernafsu itu kini binasa oleh tikus tanah yang kelaparan. Tulang-tulang rusuk dihimpit bumi yang marah oleh kezaliman yang dilakukannya dahulu. Jika semua manusia boleh mendengar jeritan orang yang disiksa di dalam kuburnya nescaya tiada lagi kehidupan di muka bumi ini.

Masihkah ada rasa takut yang lebih dahsyat daripada ketakutan melalui malam pertama di dalam kubur? Bagaimana dengan rasa sedih yang menghantui mayat yang terbuang sendirian? Di manakah isterinya, anak-anak dan saudara mara yang mengasihi? Mereka tentu sibuk membahagi harta yang ditinggalkan. Bagaimana perasaaan lelaki yang mengetahui isterinya melupakan cinta mereka berdua? Kisah cinta yang terkubur bersama jasad yang tiada layak untuk dicintai lagi. Bukankah ramai lelaki lain yang boleh menjadi calon penggantinya nanti? Adakah kesedihan yang lebih dahsyat daripada menyaksikan semua orang yang menangis itu meninggalkannya sendirian tanpa teman dan pertolongan?

Perasaan sedih dan takut boleh menggoncangkan hati siapa sahaja di dunia ini, tetapi kita boleh mengubat kesedihan dan mengawal ketakutan itu jika kita masih hidup. Bagaimana jika kita sudah mati? Siapa yang akan menolong kita dari siksaan perasaan sebegitu?

Hanya amal saleh yang mampu menjadi teman di kala takut dan sedih. Mata yang membaca al-Quran, lidah yang berzikir, tangan yang bekerja kerana Allah SWT dan kaki yang tegak kerana iman. Semuanya menjadi cahaya di kegelapan kubur. Di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka. Hingga ke hari kebangkitan yang dijanjikan.

sumber |: http://drjuanda.com/

Wednesday 2 January 2013

SAKIT ITU SATU NIKMAT

Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari)

Orang yang beriman, apabila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, dia akan tetap bersyukur dan semakin akrab dengan Allah. Kerana dia tahu, sakitnya itu boleh menghapus dosa-dosanya yang lalu. Dia sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Sekiranya iman seseorang itu kuat, maka cubaan dan ujian yang menimpanya juga berat.
Daripada Anas Bin Malik r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang reda menerima ujian Allah, maka baginya keredaan-Nya. Dan sesiapa yang marah atau kecewa, nescaya ia akan mendapat kemurkaan-Nya.”

Seseorang hamba akan mendapat ujian dan cubaan sesuai dengan kadar iman yang bertahta di hati dan jiwanya untuk Allah.
Suatu hati, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu Saib. Baginda bertanya : “kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Saib?”
Wanita itu menjawab : “Demam, Allah tidak memberkati padanya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa anak-anak Adam… (Riwayat Muslim)




Bersyukurlah andai kita ditimpa musibah atau ditimpa penyakit walaupun hanya sekadar demam. Kerana melalui musibah-musibah itu, ada pengampunan dosa. Yakin dan percayalah pada Allah.

Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan : “ Sesungguhnya para ulama’ dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau.”

Bergembiralah dalam menghadapi derita yang menimpamu..
Ukirlah sebaris senyuman walaupun berdepan dengan tekanan..
Senangkanlah hatimu dengan jaminan janji-Nya untukmu..
Berlapang dadalah agar kau bertemu dengan kemanisan iman..