Tajwīd (تجويد) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan
Jawwada.
Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat
bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi
sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa
yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi
panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat
al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah
fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah
fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang
mukallaf.
Hukum isti’azah dan basmalah
Isti’azah adalah lafaz: “
A’uzubillahi minasy syaitaanir rajiim” (
ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)
manakala
basmalah adalah lafaz: “
Bismillahir rahmaanir rahiim” (
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ).
Terdapat empat cara membaca iati’azah, basmalah dan
surah:
- Memutuskan isti’azah (berhenti) kemudian baru membaca basmalah.
- Menyambungkan basmalah dengan surah tanpa berhenti.
- Membaca isti’azah dan basmalah terus-menerus tanpa henti.
- Membaca isti’azah, basmalah dan awal surah terus-menerus tanpa henti.
Terdapat empat cara membaca basmalah di antara dua surah. Tiga
daripadanya adalah harus dan satu lagi adalah tidak harus. Yang harus
adalah:
- Mengasingkan basmalah denga surah
- Menghubungkan basmalah dengan awal surah
- Menghubungkan kesemuanya
Bacaan bagi yang tidak harus pula adalah:
- Menghubungkan akhir surah dengan basmalah lalu berhenti. Kemudian,
barulah membaca surah yang seterusnya tanpa basmalah. Walau
bagaimanapun, tidak harus membaca sebegini kerana ditakuti bahawa ada
yang menganggap basmalah adalah salah satu ayat daripada surah yang
sebelumnya.
Hukum nun mati dan tanwin
Nun mati atau nun saktah adalah huruf nun yang berbaris mati (
ﻥْ ) manakala
tanwin adalah mana-mana huruf yang mempunyai dua baris di atas (
ً ), di bawah (
ٍ ) dan di hadapan (
ٌ ). Terdapat empat hukum bagi nun mati dan tanwin iaitu izhar, idgham, iqlab dan ikhfa’.
Hukum mim mati
Mim mati mati atau mim saktah adalah mim yang berbaris mati atau sukun (
ﻡْ). Terdapat tiga hukum bagi kes ini iaitu idgham mutamathilain (
ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻤﺎﺛﻠﻴﻦ), ikhfa’ syafawi (
ﺇﺧﻔﺎﺀ ﺷﻔﻮﻱ) dan izhar syafawi (
ﺇﻇﻬﺎﺭﺷﻔﻮﻱ).
Hukum mim dan nun bersabdu
Hukum mim dan nun bersabdu juga dikenali sebagai
wajibal ghunnah (
ﻭﺍﺟﺐ ﺍﻟﻐﻨﻪ)
yang bermaksud diwajibkan dengung. Maka jelaslah yang bacaan bagi
kedua-duanya adalah didengungkan. Hukum ini jatuh bagi setiap huruf mim
dan nun yang mempunyai tanda sabdu atau bertasydid (
ﻡّ dan
نّ).
Antara contoh ayat yang ditunjukkan adalah:
ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺠِﻨﱠﺔ ﻭَﺍﻟﻨﱠﺎﺱِ
Hukum alif lam ma’rifah
Alif lam ma’rifah adalah dua huruf (
alif dan
lam)
yang ditambah pada pangkal kata nama atau isim yang menentukan maksud
perkataan itu dan lain lagi. Terdapat dua jenis kes bagi alif lam
ma’rifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu
qamariah dan
syamsiah.
Alif lam qamariah ialah
lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu hamzah (
ء), ba’ (
ب), jim (
ج), ha’ (
ح), kha’ (
خ), ‘ain (
ع), ghain (
غ), fa’ (
ف), qaf (
ق), kaf (
ك), mim (
م), wau (
و), ha’ (
ﮬ) dan ya’ (
ي). Ini diambil sempena perkataan
al-qamar (
ﺍﻟﻘﻤﺮ).
Dari perkataan itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam
ke dalam huruf selepasnya tetapi mematikannya dengan jelas lalu
menyebut huruf yang seterusnya.
Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta’ (
ت), tha’ (
ث), dal (
د), dzal (
ذ), ra’ (
ر), zai (
ز), sin (
س), syin (
ش), sod (
ص), dhod (
ض), tho (
ط), zho (
ظ), lam (
ل) dan nun (
ن). Ini diambil sempena perkataan
asy-syamsiah (
ﺍﻟﺸﻤﺴﻴﻪ).
Dari perkataan tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke
dalam huruf selepas lam yang kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak
dibunyikan.
Hukum idgham
Idgham (
ﺇﺩﻏﺎﻡ) adalah
berpadu atau bercampur dua huruf atau memasukkan satu huruf ke dalam
huruf yang lain. Maka, jelaslah harus dibaca dengan memasukkan bunyi
huruf yang seterusnya. Terdapat tiga jenis idgham:
- Idgham mutamathilain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻤﺎﺛﻠﻴﻦ
– yang serupa) ialah pertemuan dua huruf yang sama sifat dan
makhrajnya (tempat keluarnya) dal bertemu dal dan sebagainya. Hukum
adalah wajib diidghamkan. Contoh: ﻗَﺪ ﺩَﺨَﻠُﻮاْ.
- Idgham mutaqaribain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻘﺎﺭﺑﻴﻦ
– yang hampir) ialah pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan
makhrajnya seperti ba’ bertemu mim, qaf bertemu kaf dan tha’ bertemu
dzal. Contoh: ﻧَﺨْﻠُﻘڪُﻢْ
- Idgham mutajanisain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﺠﺎﻧﺴﻴﻦ
– yang sejenis) ialah pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi
tidak sama sifatnya seperti ta’ dan tho, lam dan ra’ serta dzal dan
zho. Contoh: ﻗُﻞ ﺭَﺏﱢ
Hukum mad
Mad bermaksud lanjut atau lebih. Dari segi istilah
ulama tajwid dan ahli bacaan, mad bermaksud memanjangkan suara dengan
lanjutan menurut kedudukan salah satu dari huruf mad. Terdapat dua
bahagian mad iaiatu mad asli dan mad far’ie. Terdapat tiga huruf mad
iaitu alif, wau, dan ya’ dan huruf tersebut haruslah berbaris mati atau
saktah. Kepanjangan bacaan mad diukur dengan menggunakan harakat.
Hukum ra’
Hukum ra’ adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra’ dalam bacaan.
Terdapat tiga cara iaitu kasar atau tebal, halus atau nipis, atau harus
dikasarkan dan dinipiskan.
Bacaan ra’ harus dikasarkan apabila:
- Setiap ra’ yang berbaris atas atau hadapan.
- Contoh: ﺭَﺑﱢﻨَﺎ
- Setiap ra’ yang berbaris mati dan huruf sebelumnya berbaris hadapan atau atas.
- Contoh: ﻭَﺍﻻَﺭْﺽ
- Ra’ berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah yang mendatang, bukan baris yang asal.
- Contoh: ٱﺭْﺟِﻌُﻮْﺍ
- Ra’ berbaris mati dan sebelumnya huruf yang berbaris bawah tetapi ra’ tadi berjumpa dengan huruf isti’la’.
- Contoh: ﻣِﺮْﺻَﺎﺪ
Bacaan ra’ yang dinipiskan adalah apabila:
- Setiap ra’ yang berbaris bawah.
- Contoh: ﺭِﺟَﺎﻝٌ
- Setiap ra’ yang sebelumnya terdapat huruf lin
- Contoh: ﺧَﻴْﺮٌ
- Ra’ mati yang sebelumnya juga huruf berbaris bawah tetapi tidak berjumpa dengan huruf isti’la’.
- Contoh: ﻓِﺮْﻋَﻮﻦَ
Bacaan ra’ yang harus dikasarkan dan dinipiskan adalah apabila setiap
ra’ yang berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah dan
kemudian berjumpa dengan salah satu huruf isti’la’.
- Contoh: ﻓِﺮْﻕ
Isti’la’ (ﺍﺳﺘﻌﻼ ﺀ): terdapat tujuh huruf iaitu kha’ (خ), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), qaf (ق), dan zho (ظ)
Qalqalah
Qalqalah (
ﻗﻠﻘﻠﻪ) adalah bacaan pada huruf-huruf qalqalah dengan bunyi seakan-akan berdetik. Huruf qalqalah ada lima iaitu qaf (
ق), tho (
ط), ba’ (
ب), jim (
ج), dal (
د). Qalqalah terbahagi kepada dua jenis:
- Qalqalah kecil iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu
berbaris mati dan baris matinya adalah asli dan bukan mendatang.
- Contoh: ﻴَﻄْﻤَﻌُﻮﻥَ, ﻴَﺪْﻋُﻮﻥَ
- Qalqalah besar iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu
dimatikan dengan mendatang. Dalam keadaan ini, qalqalah dilakukan
apabila wakaf padanya tetapi tidak diqalqalahkan apabila diteruskan.
- Contoh: ٱﻟْﻔَﻟَﻖِ, ﻋَﻟَﻖٍ
-
-
Sifat huruf
Sifat huruf adalah salah satu dari perkara
tajwid dalam bacaan
al-Quran.
Sifat huruf adalah ciri yang menjelaskan perihal suatu huruf. Melalui
sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan suatu huruf itu dengan
keadaan sebutannya seperti tertahan, berdesing, melantun dan sebagainya.
Kelebihan memahami sifat huruf ini adalah sebagai pelengkap kepada
makhraj.
Dengan mengetahui sifatnya, kita dapat membezakan lafaz sebutan bagi
huruf yang makhrajnya sama. Tambahan pula, kita akan dapat mengenal
huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafazkan secara tebal dan
tipis kerana sifat yang wujud pada hurufnya. Sifat huruf juga membantu
memperkemaskan ketepatan sebutan suatu huruf supaya dapat dilafazkan
dengan betul, terutamanya bagi huruf yang hampir sama sebutannya seperti
huruf tha (
ث) dengan sin (
س), ha’ (
ح) dengan ha (
ﻫ).
Waqaf
Waqaf dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan manakala dari
sudut istilah tajwid pula ialah menghentikan seketika bacaan secara
memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin
menyambungkan kembali bacaan. Terdapat empat jenis waqaf:
- Taamm (ﺗﺂﻡّ – wakaf sempurna) – apabila
berhenti pada satu ayat yang putus, tidak berkaitan atau kena-mengena
lagi dengan mana-mana kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau
di hadapannya sama ada berkenaan lafaz atau makna.
- Kaaf (ﻛﺎﻒ – wakaf memadai) – apabila
berhenti pada satu ayat yang putus tidak ada kena-mengena dengan
satu-satu kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di
hadapannya pada lafaz sahaja tetapi ada kena-mengena dalam maknanya.
- Hasan (ﺣﺴﻦ – wakaf baik) – apabila
berhenti pada satu ayat yang ada kena mengena dengan yang sesudah dan
sebelumnya pada lafaz sahaja, dengan syarat yang diberhentikan itu
telah memenuhi maknanya.
- Qabiih (ﻗﺒﻴﺢ – wakaf buruk) – apabila
berhenti pada satu-satu ayat tidak sempurna maknanya yang kadang-kala
ayat itu ada berkaitan dengan ayat-ayat yang sebelum dan sesudahnya
sama ada pada lafaz atau pada makna.
Tanda-tanda waqaf
- Tanda mim ( ﻤ ) dikenali
sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim
muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah.
- Tanda tho ( ﻁ ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika. Ia menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya..
- Tanda jim ( ﺝ ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak berhenti adalah dibenarkan.
- Tanda zha ( ﻇ ) bermaksud lebih elok TIDAK berhenti.
- Tanda sod ( ﺹ ) dikenali
sebagai Waqaf Murakhkhas, menunjukkan yang tidak digalakkan berhenti
walaupun berhenti dibenarkan. Perbezaan antara hukum tanda zha dan sod
adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah
lebih pada tanda sod
- Tanda sad-lam-ya’ ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan kepada “Al-wasl Awlaa” yang bermaksud “Sambung lebih elok”. Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok.
- Tanda qaf ( ﻕ ) merupakan singkatan kepada “Qeela alayhil waqf” yang bermakna “telah dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya”. Tidak perlu berhenti di sini.
- Tanda sod-lam ( ﺼﻞ ) merupakan singkatan kepadan “Qad yoosalu” yang membawa maksud “akan bersambung kadang-kala“. Kadang-kala seseorang akan berhenti manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.
- Tanda perkataan Qif ( ﻗﻴﻒ ) bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti.
- Tanda sin ( س ) atau perkataan Saktah ( ﺳﮑﺘﻪ
) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. Dalam kata lain,
pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk
meneruskan ayat.
- Tanda Waqfah ( ﻭﻗﻔﻪ ) serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada Waqjah lebih lama berbanding Saktah.
- Tanda Laa ( ﻻ ) bermaksud “Jangan!“.
Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat.
Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak dibenarkan berhenti dan jika
berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.
- Tanda kaf ( ﻙ ) merupakan singkatan kepada “Kathaalik” yang bermaksud “serupa”. Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini.
- Tanda bertitik tiga ( ... ...)
yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) atau Waqaf
Ta’anuq (Terikat). Tanda ini kadang-kala diletakkan sekali huruf jim
yang turut menjadi simbol bagi Mu’aanaqah ini. Ia akan muncul sebanyak
dua kali di mana-mana saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di
salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama,
tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.
HUKUM TAJWID
QALQALAH
QALQALAH SUGHRA
Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.
Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.
QALQALAH KUBRA
Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan
bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf
tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini
adalah ‘aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
QALQALAH AKBAR
Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf
Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu
(bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang
‘aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.
NUN SAKINAH DAN TANWIN
IQLAB
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada huruf yang lain.
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu
Ba’,
maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan
disertai suara “Ghunnah” (dengung) dengar kadar panjang dua harakat.
Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak kepada
huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba’ ada persamaan antara makhraj
dan sifatnya.
- Makhraj Mim dan Ba’ pada antara dua bibir.
- Sifat yang sama antara Mim dan Ba’ pula ialah Jahar, Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah
IDGHAM
IDGHAM terbahagi kepada 2.
IDGHAM BILA GHUNNAH
Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra’ dan Lam.
Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah
atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia
mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah. Bacaan Idghamnya tidak
disertai dengan Ghunnah (dengung).
IDGHAM MA’AL GHUNNAH
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf
Idgham Ma’al Ghunnah iaitu Ya’, Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah.
Maka ia dibaca dengan disertai ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat.
IKHFA’ HAQIQI
Dinamakan Ikhfa’ Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa’
Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa’ Haqiqi
ada tiga martabat (peringkat):
-
- Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf
To’, Dal dan Ta’ kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun
Sakinah.
- Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada
huruf Tha’, Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha’ dan Fa’
kerana makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi
dengan martabat terendah) Nun Sakinah.
- Martabat terendah: iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah.
Perhatian: Ikhfa’ Nun Sakinah juga berlaku pada huruf pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
-
- Surah Maryam: 1
- Surah al-Syura: 2
- Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2).
Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa’ Haqiqi ada dua keadaan:
-
- Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan
huruf-huruf Ikhfa’ yang bersifat isti’la’ seperti huruf Shad,
Dhad, To’, Zha’, dan Qaf).
Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf
Ikhfa’ yang tidak bersifat isti’la’ iaitu selain dari huruf-huruf yang
telah disebutkan di atas).
MIM NUN BERSABDU
MIM BERSABDU
Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun dan
kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga
kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang
bersabdu adalah wajib dibaca secara Ghunnah (menzahirkan dengungnya)
dengan kadar dua harakat.
NUN BERSABDU
Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang pertama sukun dan yang kedua berbaris.
HUKUM MAD
MAD FAR’IE
Mad Far’ie terbahagi kepada 8.
Mad ‘Aridh Lil Sukun
Dinamakan Mad ‘Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf.
Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4
harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama
berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6
harakat kerana menyerupai Mad Lazim.
Mad Badal
Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu
kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah.
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf
Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4
keadaan:
- Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
- Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
- Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
- Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida’).
Kadar bacaannya adalah 2 harakat.
Mad ‘Iwad
Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta’ Marbutah.
Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi’ie yang terjadi kerana waqaf.
Mad Jaiz Munfashil
Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja.
Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam
Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan
dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua
kalimah yang berasingan.
Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil
ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran:
- Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara
Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara
keduanya.
- Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas
Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah
dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi:
- Ya’ al-Nida’ (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
- Ha’ Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.
Mad Liin
Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.
Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.
Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca
dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad ‘Aridh Lil
Sukun.
Mad Silah Qasirah
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha’ Dhomir.
Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha’ Dhomir pada akhir
kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga
terdapat huruf yang berbaris.
Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha’ dhomir iaitu selepas ha’
tidak ada hamzah qat’ie.
Mad Silah Towilah
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha’ Dhomir.
Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha’ Dhomir pada akhir
kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga
terdapat huruf yang berbaris.
Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan
selepas ha’ terdapat Hamzah Qat’ie
Mad Tamkin
Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya’ pada satu kalimah. Ya’
yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya’ yang kedua sukun.
Mad Asli
Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi’ie.
Mad Asli terjadi apabila:
a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan.
c. Huruf Ya’ sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.
Perhatian:
Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri
dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf
sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek
tidak bermad.
HUKUM HAMZAH
PECAHAN HUKUM HAMZAH
Hamzah Qat’ie
Hamzah Qata’ iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan
dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat’ie
kerana hamzah ini mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya.
Hamzah Qat’ie boleh menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia
terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe’el
(kata kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah Qat’ie yang datang pada
kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu:
- Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
- Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati).
- Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun (mati).
Hamzah Qat’ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan:
- Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz ‘Aajami’ surah Fussilat: 44.
- Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika
terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal
tersebut. seperti pada lafaz ‘Utumina’ surah al-Baqarah: 283
Kaedah penulisan Hamzah Qat’ie.
- Apabila Hamzah Qat’ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan
huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah
atau hadapan.
2. Apabila Hamzah Qat’ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:
-
- Apabila hamzah qat’ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris
atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.
- Sekiranya hamzah qat’ie itu sukun dan huruf sebelumnya
berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya’ sebagai rumahnya.
-
- Sekiranya hamzah qat’ie itu sukun dan huruf sebelumnya
berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai
rumahnya.
- Sekiranya hamzah qat’ie itu berbaris dan huruf sebelumnya
sukun kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
- Sekiranya hamzah qat’ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai rumah.
- Sekiranya hamzah qat’ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya’ sebagai rumah.
- Sekiranya hamzah qat’ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.
3. Apabila Hamzah Qat’ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa keadaan juga iaitu:
-
- Jika sebelum hamzah qat’ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumah.
- Jika sebelum hamzah qat’ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya’ sebagai rumah.
- Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau.
- Jika sebelum hamzah qat’ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
Hamzah Wasal
Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan
dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat
pada awal kalimah.
LAM TA’ARIF
PECAHAN LAM TA’ARIF
Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi)
Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi. Diidghamkan Lam Ta’rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf
Syamsiah. Huruf
Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta’, Tha’, Dal, Dzal, Ra’. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To’, Zha’, Lam dan Nun.
Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:
1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta’rif diidghamkan pada Nun.
2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia terjadi
apabila Lam Ta’rif diidghamkan pada Huruf-huruf Syamsiah selain Nun.
Sebab-sebab Idgham:
1- Lam Ta’rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat.
2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang mutaqariban.
Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)
Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam
Ta’rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-huruf
Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba’, Jim, Ha’, Kha’, ‘Ain,
Ghain, Fa’, Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha’, Hamzah dan Ya’. Ia dinamakan Izhar
Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada Huruf-huruf Qamariah;
manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam dan Huruf Qamariah adalah dua
huruf Mutaba’idan.