Pages

Showing posts with label Senyum-senyum selalu. Show all posts
Showing posts with label Senyum-senyum selalu. Show all posts

Monday, 3 December 2012

SWEET

Suami tolong bawakan beg tangan isteri, si anak teruna tolong bawakan handbag mak dia or makcik dia. Dikatakan hilang kemachoan apabila berbuat demikian di pusat membeli-belah.

Hilang macho ke? Tak hilang pun. Lelaki tetap juga lelaki. Tak ada hilangnya garang lelaki tu dengan tolong bawakan handbag isteri. Tak terjejas pun kejantanan lelaki. Tak dayus pun. Baguslah tu lelaki yang pegang. Antara sebab simple:

1. Kes ragut berkurangan sebab glgn lelaki yg lebih gagah dari wanita bawakan. Barang-barang berharga dalam beg tu cam wallet, henpon, ipad ke ape lebih selamat dijaga lelaki.

2. Henbeg kecik tak ada la pulak lelaki nak bawak. Jadi nyah plak. Pompuan bawa sendiri la tu. Biasa henbeg besar boleh letak sayur-sayuran tu yang dorang bawak. Tak ada nampak feminin sangat pun beg tu. Apa nak malu.

3. Dah isteri dia. Suka hati dia la nak bawak beg ke, nak bawak raga bakul ke, nak pikul tong gas ke. Sweet apa suami tolong isteri. Dah dia nk tlg, biar je lah. Kita sibuk apa dengan kemachoan org lain? Jeles?

4. Bukannya selalu buat. Sekali-sekali je oklah nak jadi poyo. Kalau dah selalu tu, takleh blah gak. Tu dah lain pula jadinya.

Tapi, kalau isteri takut suami kena kata macam-macam dgn masyarakat mulut tade insurans dan keyboard super warrior, takyahlah bagi suami bawak awal-awal lagi. Suh suami pegang tangan, berkepit dengan suami tu dah lebih dari cukup dah.

Ok, setel bab suami bawak henbeg isteri.

"BF bawak henbeg GF caner lak?" ( utk yg muslim punya, non-muslim tu biorlah )

Tu bukan BF, tu AMAH. Tu tak romantik langsung. Sweet jauh sekali. Kat celah mananya "sweet" couple tak halal ni.

Tapi baguslah, awal-awal lagi dah jumpa calon org gaji. hee

Kalau yang ni, korang nak kata macam-macam pun katalah. Biar dia insaf sampai tanak couple dah dan nak nikah terus.

Monday, 5 November 2012

Bercinta sampai ke SYURGA... ♥


Lelaki : Assalamua'laikum bidadariku ~ setiap hari selepas baca al-Quran, sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis... Kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Wanita : Waa'laikumsalam... Orang merajuk... :(


Lelaki : Laa... Kenapa ni??

Wanita : Semalam abang ponteng tahajjud!! Sayang call kejut abang tak jawab... :'(


Lelaki : Astagfirullahal'azim... Abang penat + malas semalam...


Wanita : Tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2...


Lelaki : hmm... Betullah tu... Abang mintak maaf... :'(


Wanita : Kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal... Bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah... Macam mana kita nak jumpa? Sayang tak mahu berpisah dengan abang... Abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?


Lelaki : (mengalir air mata)... Semoga ALLAH ampunkan abang... Malam ni abg tak malas2 lagi...
 
~ Mencari Keredhaan Illahi ~ 
 

Friday, 24 August 2012

Saya tak Mahu Mati

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".

Friday, 3 February 2012

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.. Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah... Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian...dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!" Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.. "Hey ! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"

Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata... "Nie kaki saya... professor... Cuba professor teka..siapa nama saya?"


~ hahahhaha :))

Thursday, 24 November 2011

Oda dan isteri tersayang

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.
Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??”

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, “Aku takut la, di bawah tu ada manusia… dah la cakap kuat cerewet pulak tu…”

Lawakkan?

Assalamualaikum… Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini…. 3 Minit je, tak lama pun.. 

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ” “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN… “

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah…. Xperlu minta izin dah.. :)


Copy Paste from [CLICK]

Saya tak mahu mati

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah"
.

Tuesday, 22 November 2011

Abang ku sayang.

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

hehe... rileks jap..... :)