Sedang aku lena nyenyak penuh ketenangan setelah terjaga dari mimpi
buruk
Kau angkatku dari pembaringan yang baru ku
rasa selesa itu
membawaku
ke hamparan yang telah kau taburkan empukkan
bara
janjimu bara panas itu pasti menjadi dingin
dan nyaman dgn kehadiranku
bisikanmu, hanya mimpi-mimpi indah yang
akan menemani tidurku selepas ini
Benarkah?
Soalku….
Kau mengangguk
mata mu tepat memandangku penuh kecintaan
senyumanmu membawa ku terawang ke dunia
asing
aku dibaringkan penuh kelembutan
aku terleka…walaupun terbakar
hanya belaianmu yang sentiasa ku dambakan….
ku biar walaupun pedih
ku biar walaupun lepuh
hadir mereka menyiram agar bara itu terpadam
ku halang….
Biar panas menyiat kulitku mak…
Biar bahang membakar tulangku abah …
Mak…
Abah…
Rintihku…
Sakit bara ni mak…1000 tahun airmatamu dan
airmataku tak kan mampu menyejukkan
panasnya
Pedih bahang ni abah…1000 tahun keringatmu
dan keringatku tak kan mampu memadamkan habanya
Ku alih pandanganku memandangmu yang setia
berdiri di sisi
Peritnya ucapku…
Boleh kembalikan aku ke tempat tidur
asalku..?
Pintaku merenung sayu…
Kau diam membisu…
Soalanku merimaskanmu
Aku rindukan hamparanku yang dulu
Alasnya memang buruk
Aku penah menangis ketika dikeji lusuh
warnanya
Tapi aku bertuah…
Kerana hamparan itu yang mengalaskan
tidurku ketika aku mimpikan Rasulullah
Hanya aku yang dianugerahkan dengan
hamparan buruk itu
Pandanganmu kau alihkan ke tempat lain…
Mengapa diam…?
Diammu menambahkan lagi nyalaan bara ini
Sakitnya….tangisku
Tolong
la kurangkan bara ini…
Kalau kau tak mampu…
Tolong la alihkan aku ke tempat yang lebih
sejuk
Aku rela walaupun kesan bara ini berparut
Aku sanggup walaupun kulit ku tidak segebu
dulu
Rayuku…
Kasihani aku…
Kali ini mataku kau renung tajam…
Tiada lagi senyuman seperti awalnya..
Tiada lagi belaian manja yang sering kau
belai
Tangisanku tidak kau endahkan
Bisikmu, “MASA”
Kenapa dengan masa? Soalku?
Kau tidak menjawab sebaliknya kau berpaling dan berlalu…
# Pasti ku setia memegang tulip menantimu di tepi Kautsar. Deruan Tasneem menjadi saksi tika kita ditemukan. kan ku ceduk susu dari sungai yang mengalir sbg hidangan basahan tekakmu...itulah rinduku.. di situlah titik penamat pencarian kita#
“oit cik adik, jauh mengelamun” satu tepukan
kecil terasa di bahuku. Tersentak aku .
Alahai jauhnya ku olah fantasiku..
“apa yg direnung bara bakar sate tu…tk
pedih mata ke? Nah, ini satenya. 10 ayam, 10 daging kan?” ujarnya lg sambil
tersenyum.
“a’a…brapa harganya kak?” jawabku sambil
tersenyum. Cuba ku sembunyi malu aku mengelamun td.
“tkpayah bayar dik…dah ada org tolong
bayarkan” ceria dia menjawab..
“sapa?...baiknya hati dia…tau order lebih
td” selorohku..
“tu abang yang pakai baju biru yang duduk
di meja no. 2” laju sja jarinya menunjuk meja yang dimaksudkan.
Ku toleh melihat meja yg terletak tak
berapa jauh dari tempat aku berdiri.
Mata kami bertentang. ketika itulah peluh
dingin mula terasa di dahiku.
Dia tersenyum melihatku dan mula bangun
menghampiriku.
Semakin dekat langkahnya, semakin kuat
degupan jantungku.
Kenapa dia…bisik ku.
Tiba-tiba….
No comments:
Post a Comment