Pages

Friday, 19 October 2012

Isteri Cemerlang

7 TIPS PENTING UNTUK MENJADI ISTERI YANG CEMERLANG

  • "Suatu pagi, dalam rancangan kaunseling keluarga, di salah sebuah rangkaian radio: Ustaz.... Sudah bermacam cara yang saya buat. Tapi, hati dia masih tak tergerak lagi nak sembahyang. Kadang-kadang tu saya beli kaset dan buku, semata-mata nak ajak dia sembahyang bersama. Saya ni teringin sangat nak berjemaah dengan suami, macam kawan-kawan saya yang lain..."
  • Kes seperti yang disingkap tadi hanyalah salah satu daripada ribuan cebisan dan rempah ratus kehidupan manusia hari ini. Kisah yang benar-benar terjadi, yang perlu kita singkap segala hikmahnya. Sudah menjadi fitrah manusia mahukan kebaikan dan kasih sayang. Namun begitu terdapat juga segelintir wanita yang bergelar isteri tidak dapat mengecap nikmat bahagia di samping suaminya. Ramai wanita yang merintih dan mengadu sikap suami yang ingkar dengan perintah Allah dan sering melakukan perkara di luar batasan agama.
  • Bukan itu sahaja, malah ramai isteri yang buntu lantaran menjadi mangsa keadaan. Ada antara isteri yang dimaki-hamun dan dipukul hanya kerana memujuk suaminya agar taat kepada Allah. Adakah kita boleh menyalahkan takdir yang menjadikan wanita itu insan yang lemah sehingga mereka menerima nasib sedemikian rupa? Sama sekali tidak. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengupas permasalahan ini berpandukan syariat dan menghakiminya dengan adil.
  • Islam ada menyediakan garis panduan untuk umatnya yang menghadapi masalah sebegini. Masalah suami yang sudah hilang pedoman dan tersasar pegangan hidupnya. Bagaimanakah kita sebagai isteri mampu menyelesaikan masalah yang sebegini rumit? Berikut adalah beberapa tips dan panduan yang boleh kita ikuti dalam menangani masalah tersebut:
PERTAMA: INSAFI DIRI
1.Dalam hendak menegur suami, jangan sekali-kali merasa diri sudah baik atau lebih baik daripada suami.
2.Walaupun kita sudah boleh bersembahyang dan mengerjakan perintah Allah, tapi cubalah renungi diri kita kembali. Adakah selama ini kita begitu ikhlas dalam beribadah kepada Allah? Apakah ibadah kita sudah sempurna dan diterima Allah?
3.Mungkin juga selama ini, kita banyak melakukan perkara yang boleh merosakkan ibadah contohnya mengumpat dan mencela.
4.Kalau kita sentiasa mengenang kelemahan dan kekurangan diri, tentu kita tidak akan memandang hina kepada suami sehingga apabila kita menegurnya, teguran itu penuh dengan kelembutan dan hikmah. Suami tidak merasa `sakit' atau terhina dengan teguran itu.

KEDUA: BANYAKKAN BERSABAR
1.Kita juga seharusnya menerimanya sebagai satu dugaan daripada Allah. Allah mahu melatih dan mendidik hati kita agar sabar dalam kehidupan serta matang mengendalikan masalah.
2.Jangan kita terlalu gopoh serta hendakkan hasil yang cepat sehingga cara kita menegur pun seolah-olah mendesak serta mengajar suami.

KETIGA: BAIKI DIRI SENDIRI
1.Sentiasalah membaiki diri serta menghias diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, redha, berpada-pada dengan apa yang ada dan lain-lain.
2.Akhlak yang baik akan menambat hati suami lantas dia akan mudah mendengar nasihat yang kita berikan.

KEEMPAT: MELAYANINYA DENGAN BAIK
1.Walaupun derita yang dirasa, namun tugas sebagai isteri tidak boleh diabaikan. Kita wajib menghormati, melayani serta memuliakan suami.
2.Dosa yang dilakukan oleh suami adalah urusannya dengan Allah. Ia tidak menggugurkan kewajipan kita terhadapnya.
3.Justeru kalau kita pun tidak mahu melayaninya, konon sebagai protes terhadap keingkarannya itu, maka kita juga bersalah dan berdosa. Tentu suami akan berang, sudahlah kita tidak menunaikan tugas sebagai isteri, pandai-pandai pula hendak menegurnya. Sampai bila pun dia tidak akan mendengar nasihat kita.

KELIMA: MENEGUR DAN MEMUJUK DENGAN BERHIKMAH
1.Air yang menitik perlahan, mampu melekukkan batu yang pejal. Begitulah, perumpamaan yang begitu sesuai untuk kita.
2.Walaupun kita begitu sukar untuk menyedarkan suami kita, tetapi usaha itu perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan dan berterusan. Dengan usaha yang sebegini, insya-Allah ia akan membuahkan hasil yang lebih baik dan berkesan.
3.Sebagai contoh, apabila suami kita jarang bersembahyang, maka biarlah kita yang menggantikan peranannya. Kita sendiri boleh menjadi imam kepada anak-anak kita ataupun membaca al-Quran bersama-sama mereka selepas menunaikan solat berjemaah. Secara tidak langsung, apabila seorang ayah melihat isteri dan anak-anaknya ikhlas beribadah kepada Allah, setidak-tidaknya dia akan berubah sedikit demi sedikit.
4.Selain itu, kita boleh membeli beberapa kaset, video panduan dan buku-buku agama yang berkisar tentang cara perlaksanaan solat dan ibadah-ibadah lain. Hadiahkanlah kepadanya pada hari istimewa seperti hari kelahirannya atau hari ulang tahun perkahwinan.
5.Kita juga boleh menulis surat sebagai bicara hati dengan menggunakan bahasa yang baik dan berhikmah. Semoga hatinya akan dapat menerima hidayah Allah di akhir nanti.

KEENAM: MEMINTA BANTUAN PIHAK KETIGA
1.Kebiasaannya, seseorang suami itu mempunyai rasa ego apabila kesalahannya ditegur oleh si isteri. Perkara ini mungkin membawa kepada perselisihan faham dan membawa perpecahan dalam keluarga.
2.Justeru itu, adalah lebih baik sekiranya kita meminta bantuan daripada pihak ketiga untuk menasihati suami. Mereka yang kita pilih mestilah dihormati juga oleh suami. Melalui mereka bolehlah kita mencurah rasa hati dan mengajak suami agar taat kepada Allah serta meninggalkan perkara yang dimurkai-Nya.
3.Mungkin mereka terdiri daripada ahli keluarganya, jiran, teman, ayah bondanya ataupun orang yang baik pengamalan agamanya. Semoga dengan nasihat daripada orang yang lebih dihormatinya itu akan memberi kesan yang mendalam di hatinya. Umpama tanah di lembah, ia akan subur apabila air hujan menyiraminya.

KETUJUH: BERDOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH
1.Sebagai seorang mukmin, setiap perkara yang kita usahakan perlulah disertai dengan tawakal. Kita sewajarnya berdoa kepada Allah, agar dia melimpahkan hidayah kepada keluarga kita lebih-lebih lagi kepada suami.
2.Doakanlah juga semoga kita terus kekal hidup di landasan Islam yang sebenar. Semoga dengan doa yang berterusan, ia akan diperkenankan oleh Allah. Sesungguhnya, Allah tidak mempersia-siakan segala usaha dan doa hamba-Nya yang beriman. Allah ada berfirman: "Berdoalah kepada Aku, akan Kuperkenankan permintaan itu." Masalah yang kusut akan terlerai jika kena gaya dan caranya.
3.Apabila kita merasakan suami kita jauh daripada hidayah, maka kitalah yang berperanan besar untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Walaupun mereka telah tersasar jauh dari landasan syariat, usahlah kita berburuk sangka serta memandang rendah kepada mereka. Apatah lagi untuk putus harapan dengan Allah!

Tuesday, 16 October 2012

KELEBIHAN AL-QURAN DAN PENGHAFAZ

Kelebihan Al-Quran dan Penghafaz

Teknologi memudahkan kita menghafaz al-Quran
Teknologi memudahkan kita menghafaz al-Quran

FADHILAT AL QURAN
SYAIKHUL HADITH HAZRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA

HADITH 1
Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

HADITH 2
Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

HADITH 3
Hazrat Uqbah bin Amir r.a berkata, “Rasulullah s.a.w datang kepada kami ketika kami sedang duduk di atas suffah dan bertanya, “Siapakah di antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan silaturrahim?” Kami menjawab, “Setiap orang daripada kami akan menyukainya.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-Quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan.”
(Riwayat Muslim, Abu Daud)

HADITH 4
Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

HADITH 5
Hazrat Abdullah Bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Seseorang yang Allah swt telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah swt) siang dan malam.”
(Riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasa’i)

HADITH 6
Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca alQuran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca alQuran adalah umpama buah peria pahit. Buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum tetapi berasa pahit.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I & Ibnu Majah)

HADITH 7
Hazrat Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt memuliakan ramai orang melalui kitab ini (al-Quran) dan menghina ramai orang dengannya.”
(Riwayat Muslim)

HADITH 8
Hazrat Abdul Rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga perkara akan berada di bawah naungan Arasy Allah swt pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silahturrahim) yang akan mengisytiharkan, “Ketahuilah, sesiapa yang menghubungkan aku maka Allah swt akan menghubungkannya (dengan rahmatNya), sesiapa yang memutuskan aku maka Allah swt akan memutuskannya (daripada rahmatNya).”
(Diriwayat dalam Kitab Sharhussunnah)

HADITH 9
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari pengadilan kelak akan dikatakan kepada orang al-Quran, ‘Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

HADITH 10
Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
(Riwayat Tirmizi)

HADITH 11
Hazrat Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)

HADITH 12
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika al-Quran itu dimasukkan ke dalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar.”
(Riwayat Darimi)

HADITH 13
Hazrat Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran lalu menghafalnya dan meghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah swt dan Allah swt akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang ahli rumahnya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.”
(Riwayat Tirmizi & Ahmad)

HADITH 14
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Belajarlah dan bacalah al-Quran kerana sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang menpelajari al-Quran kemudian membaca dan terus membaca al-Quran dalam solat tahajud adalah seumpama satu bekas yang penuh dengan kasturi. Bau kasturi yang wangi ini merebak ke setiap penjuru tempat. Sementara seseorang yang belajar al-Quran kemudian tidur, sedangkan al-Quran berada dalam hatinya adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup.”
(Riwayat Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

HADITH 15
Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun alQuran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.”
(Riwayat Tirmizi, Darimi & Hakim)

HADITH 16
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Membaca al-Quran dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca alQuran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 17
Hazrat Abu Hurairah berkata, “Rasulullah s.a.w bertanya kepada kami, ‘Apabila salah seorang daripada kamu kembali ke rumah, adakah kamu suka jika mendapat tiga ekor unta betina yang bunting dan besar serta gemuk?’ Kami pun menjawab, ‘Ya’. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tiga ayat yang kamu baca dalam solah adalah lebih baik daripada unta betina yang bunting dan besar serta gemuk.”
(Riwayat Muslim)

HADITH 18
Hazrat Uthman bin Abdullah bin Aus Thaqafi r.a meriwayatkan daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “ Membaca al-Quran tanpa mashaf (yakni bacaan melalui ingatan) mendapat seribu darjat pahala dan membaca alQuran dengan melihat mashaf menggandakan pahala sehingga dua ribu darjat.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 19
Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w besabda, “ Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”. Baginda ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 20
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaan yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu. Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah al-Quran.”
(Dipetik dari kitab al-Hilyah)

HADITH 21
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan “Aku telah berkata, wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Bertakwalah kepada Allah swt kerana takwa adalah asas bagi segala amalan”. Aku berkata lagi, “Tambahkan untuk saya”. Baginda s.a.w pun bersabda, “Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu di langit (pada hari kiamat).”
(Riwayat Ibnu Hibban)

HADITH 22
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di dalam salah satu rumah-rumah Allah swt (masjid), membaca al-quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka. Rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah swt menyebutmenyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.”
(Riwayat Muslim & Abu Daud)

HADITH 23
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada suatu perkara pun yang dapat mengembalikan (menghampirkan kamu) kepada Allah swt lebih afdal daripada perkara yang telah keluar dariNya sendiri yakni al-Quran.”
(Riwayat Hakim disahihkan oleh Abu Daud & Tirmizi daripada Abu Umamah)

HADITH 24
Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah swt mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia”. Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab, “Orang al-Quran adalah ahli-ahli Allah swt dan orang Allah swt yang istimewa.”
(Riwayat Nasa’I, Ibnu Majah, al-Hakim & Ahmad)

HADITH 25
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah swt tidak pernah memberi perhatian terhadap sesuatu sebagaimana Dia memberi perhatian kepada seorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu.”
(Riwayat Bukhari)

HADITH 26
Hazrat Fudalah bin Ubaid r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca al-Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi.”
(Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim)

HADITH 27
Hazrat ‘Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai ahli-ahli al-Quran, jangan kamu membantalkan alQuran. Hendaklah kamu membaca al-Quran sebagaimana hak pembacaannya, siang dan malam. Sebarkanlah kitab suci itu, bacalah kitab suci itu dengan suara yang merdu dan renungkanlah kandungan-kandungan kitab suci itu. Dengan ini kamu akan mendapat kejayaan. Janganlah kamu menggunakan al-Quran untuk mendapatkan ganjaran yang serta merta (dalam dunia ini) kerana alQuran mempunyai ganjaran yang besar (pada hari akhirat).”
(Riwayat Baihaqi)

HADITH 28
Hazrat Wathilah bin al-Asqa r.a meriwayatkan Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku telah diberi ‘Sab’a’ sebagai ganti Taurat, ‘Mi’in’ sebagai ganti Zabur, ‘Mathani’ sebagai ganti Injil, dan aku telah dilebihkan dengan ‘Mufassal’.”
(Riwayat Ahmad dan al Kabir)
Sab’a Mi’in Mathani Mufassal
= tujuh surah pertama (tujuh surah terpanjang) = sebelas surah berikutnya (surah yang mengandungi seratus ayat) = dua puluh surah berikutnya (surah-surah yang berulang-ulang) = surah selebihnya (yang dijelaskan)

HADITH 29
Hazrat Abu Sa’id al Khudri r.a meriwayatkan , “Pada suatu ketika saya duduk bersama-sama satu kumpulan orang Muhajirin yang miskin. Sebahagian dari mereka berselindung di sebalik yang lain kerana tidak mampu menutup badan dengan sempurna. Seorang qari sedang membaca al-Quran kepada kami. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w datang dan berdiri hampir dengan kami. Apabila Nabi s.a.w sedang berdiri berhampiran kami maka qari itu memberhentikan bacaan. Baginda s.a.w memberi salam kepada kami dan bertanya, “Apakah yang sedang kamu lakukan?” Kami menjawab, “Kami sedang mendengar al-Quran”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Segala puji bagi Allah swt yang telah menciptakan di kalangan umatku orang yang daku pun diperintahkan bersabar duduk bersama mereka”. Hazrat Abu Sa’id r.a berkata lagi, “Rasulullah s.a.w duduk ditengah-tengah kami supaya Baginda s.a.w berada sama jarak dengan kami. Kemudian Baginda s.a.w memanggil kami dengan insyarat tangan lalu para sahabat pun duduk mengelilingi Baginda s.a.w , wajah-wajah mereka menghadap ke arahnya. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda,“ Wahai kamu orang Muhajirin yang miskin, bergembiralah dengan nur yang sempurna pada hari kiamat , kamu akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari itu adalah bersamaan dengan lima ratus tahun.”
(Riwayat Abu Daud)

HADITH 30
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan yang digandakan dan sesiapa membaca satu ayat, bacaannya itu akan menjadi nur untuknya pada hari kiamat.”
(Riwayat Ahmad)

HADITH 31
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seseorang yang membaca al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara terang-terangan dan seseorang yang membaca al-Quran secara senyap adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara sembunyi.”
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I dan Hakim)

HADITH 32
Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang meletakkan al-Quran di hadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan alQuran di belakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)

HADITH 33
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa dan al-Quran akan meminta syafaat untuk seseorang. Puasa akan memohon, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari maka Engkau terimalah syafaatku ini untuknya’. AlQuran pula berkata, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada tidur pada waktu malam maka terimalah syafaatku untuknya’. Kedua-dua syafaat itu akan diterima.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunia, Tbarani dan Hakim)

HADITH 34
Hazrat Sa’id bin Sulaim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat lebih tinggi di sisi Allah swt melainkan al-Quran, bukan nabi bukan juga malaikat dan lain-lain.”
(Riwayat Abdul Malik bin Habib demikian dalam syarah Ihya’ Ulumuddin)

HADITH 35
Hazrat Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran maka dia menyimpan pengetahuan kenabian di dalam dadanya, cuma tidak diturunkan wahyu kepadanya. Adalah tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai (ilmu) al-Quran memarahi orang pemarah dan tidak patut dia bertindak jahil terhadap orang jahil sedangkan al-Quran berada dalam dadanya.”
(Riwayat Hakim dengan sanad yang sahih)

HADITH 36
Hazrat Abdullah bin Umar r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru-hara dan mereka tidak akan dihisab. Mereka berada di atas timbunan-timbunan kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran sematamata kerana Allah swt dan kemudian mengimani orang ramai dalam solah sedangkan mereka menyukainya. Kedua ialah orang yang mengajak oarang lain kepada solah semata-mata kerana Allah swt. Ketiga ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya, juga antara dirinya dengan orang bawahannya”
(Riwayat Tabarani)

HADITH 37
Hazrat Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah swt lebih baik bagimu daripada mengerjakan solah sunat seratus rakaat. Pemergiaanmu pada waktu pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu yang (berpeluang) diamalkan atau tidak (berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan seribu rakaat solah sunat.”
(Riwayat Ibnu Majah)

HADITH 38
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat (daripada al-Quran) pada satu malam maka dia tidak akan dikira di kalangan orang yang lalai (daripada mengingati Allah swt).”
(Riwayat Hakim)

HADITH 39
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang menjaga solah-solah fardu tidak akan dimasukkan di kalangan orang yang lalai. Sesiapa membaca seratus ayat dalam satu malam akan dikira di kalangan ‘qanitin ‘(orang yang taat).”
(Riwayat Hakim)

HADITH 40

Hazrat Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan, “Hazrat Jibril telah turun dan memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa banyak fitnah (huru hara) akan pasti berlaku. Rasulullah s.a.w bertanya, “apakah jalan keluar daripada keadaan itu, wahai Jibril?” Jibril a.s menjawab, “Kitab Allah swt.”
(Riwayat Ruzain)

PERINGATAN
Setiap hadith yang didatangkan, mempunyai huraian dan keterangan yang jelas mengikut kehendak hadith. Keterangan ini boleh didapati di dalam kitab asal hadith-hadith ini dipetik.


KELEBIHAN AL QURAN

KELEBIHAN AL QURAN
Oleh Ust Hj. Mohd Saleh Bin Ramli
Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang

MAKSUD AL QURAN
 Muhammad ‘Ali ash-Shabuni mendefinisikan AlQur’an sebagai berikut:
“Al-Qur’an adalah firman Allah yang tiada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dan ditulis pada mushaf-mushaf yang kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah, yang dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas”

PERINGKAT PENURUNAN AL QURAN
 Al Quran diturunkan dengan 3 peringkat:
 Turun Dari Lauh Mahfuz turun ke langit dunia dipanggil Baitul ‘Izzah.  Dari Baitul ‘Izzah turun kepada Nabi saw

BILAKAH AL QURAN DITURUNKAN
 Al Quran diturunkan pada bulan Ramadhan berdasarkan firman Allah swt,
‫شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان‬
Bulan ramadhan yang diturunkan Al Quran padanya
‫إنا أنزلناه في ليلة القدر‬
Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada malam Al-Qadr

‫‪AYAT YANG PERTAMA‬‬ ‫‪DITURUNKAN‬‬
‫سورة العلق‬ ‫اقْرأْ ِاسْ ِ َب َ اّ ِي ََقَ (العلق: 1).‬ ‫َ ب م ر ّك لذ خل‬ ‫خَقَ الِن َا َ ِنْ عَقٍ (العلق: 2).‬ ‫س ن م َل‬ ‫َل‬ ‫اقْرأْ َربكَ الكْ َ ُ (العلق: 3).‬ ‫َ و َ ّ َ رم‬ ‫اّ ِي عّ َ ِالْقَمِ (العلق: 4).‬ ‫لذ َلم ب َل‬ ‫عّ َ ا ِن َا َ َا َمْ َعَمْ (العلق: 5).‬ ‫َلم ل س ن م ل ي ْل‬
‫‪‬‬

AYAT TERAKHIR DITURUNKAN

Pendapat pertama menyatakan bahawa ayat terakhir yang turun ialah ayat 3 surah al Maaidah,
ْ‫اليوْ َ أكمل ُ ل ُمْ ِين ُمْ وأتمم ُ علي ُمْ نعم ِي َ َ ِي ُ ل ُم‬ ‫ْ َ م َ ْ َ ْت َك د َك ََ ْ َ ْت ََ ْك ِ ْ َت ورض ت َك‬ ‫ا ِسْ َمَ ِي ًا‬ ‫ل ل دن‬

Tetapi pendapat yang diterima ialah ayat 281 surah Al Baqarah,
‫ّ ثم توف كل ن م َب وه ل‬ َ ْ‫َا ّ ُوا َو ًا ُرج ُونَ ِيهِ ِلَى ا ِ ُ ّ ُ َ ّى ُ ّ َفْسٍ َا كَس َتْ َ ُم‬ ‫و تق ي ْم ت ْ َع ف إ ل‬ .)281 :‫ُظَْ ُونَ (البقرة‬ ‫ي لم‬

AL QURAN TURUN KEPADA NABI SAW
 Wahyu
Allah diturunkan kepada Nabi saw samada dengan perantaraan ataupun tanpa perantaraan.
 Wahyu yang diturunkan tanpa perantaraan samada dalam bentuk mimpi ataupun percakapan Allah secara terus dalam keadaan nabi saw sedar.
Yang diturunkan dengan perantaraan Jibril pula samada datang dengan menyamar sebagai manusia biasa  atau datang dalam bentuk suara yang kuat seperti bunyi loceng.

TEMPOH PENURUNAN AL QURAN
 Al Quran diturunkan berasnsur-ansur  selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan bakinya 10 tahun di Madinah.  Ayat-ayat yang turun di Makkah dinamakan sebagai ayat Makkiyah manakala ayat-ayat yang turun di Madinah dinamakan sebagai Madaniyyah.

KELEBIHAN MEMPELAJARI AL QURAN
ِ ‫ا‬ ‫ل‬ ّ
‫ل‬ ُ ‫وعن عثمانَ بن عفانَ رض َ ا ّ عن ُ قال : قالَ رسو‬ ‫يل ه‬ »ُ ‫صّى ا ُ عليْهِ وسّم : « َير ُم َنْ ت َّ َ ال ُرْآ َ َعّم‬ ‫خ ك م َعلم ق ن و ل ه‬ ‫َل‬ ََ ‫َل ل‬ ‫رواه البخاري‬ Uthman Bin Affan r.a berkata bahawa Nabi saw bersabda, Sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.

 Dari AL QURAN MEMBERI SYAFAAT‬‬
‫‪ Al‬‬ Quran memberi syafaat kepada orang‬‬ ‫‪yang membaca dan menghafalnya.

RUMAH YANG KOSONG
 ‫صّى‬ ‫َل‬
ِّ ‫وع ِ اب ِ عباسٍ رض َ ا ّ عنهما قال : قال رسو ُ ا‬ ‫لل‬ ‫يل‬ ‫نن‬ ‫ء ِن ق ن‬ ِ ‫ا ُ عليْهِ وسّم : «إ ّ اّذي لَيس في جوْ ِهِ شَيْ ٌ م َ ال ُرآ‬ ‫َف‬ ‫نل‬ ‫َل‬ ََ ‫ل‬ ‫كالبي ِ ال َ ِبِ » رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح‬ ‫ت خر‬ Dari Ibnu Abbas r.ahuma berkata bahawa Nabi saw bersabda, orang yang tidak ada di dalam dada sepotong pun ayat Al Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

Membersihkan Karat Hati
 Nabi saw bersabda, sesungguhnya hati akan berkarat sepertimana besi akan berkarat apabila terkena air. Lalu sahabat bertanya apakah cara membersihkannya? Nabi saw menjawab, memperbanyakkan mengingati mati dan membaca Al Quran.

10 GOLONGAN YANG TIDAK REPUT
 Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 1. Para Nabi 2 Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

KISAH MAYAT YANG TIDAK REPUT
Satu kejadian yang aneh telah berlaku di sebuah kubur di daerah pasir mas ketika beberapa orang sedang menggali kubur. Beberapa orang penggali kubur telah menggali kubur tiba tiba cangkul berdenting lalu digalinya lagi , beliau menjumpa satu batu nisan yang agak panjang , lalu batu nisan tadi diangkat , dan kerja kerja menggali kubur itu diteruskan. lebih kurang 4 kaki kubur itu digali beliau melihat sekujur mayat yang nampaknya masih baru lagi tetapi mayat berkenaan tiada seurat benang pun ditubuhnya mungkin kain kapan telah reput bagitu juga lah dengan kayu didalamnya. Penggali kubur ini mendapatkan imam dikampung berkenaan untuk pengesahan mayat siapa , lalu datang imam , imam berkenaan berkata yang orang ini telah meninggal hampir 70 tahun.

SIFAT PENGHAFAZ AL QURAN
 Yakin dan percaya kepada Allah dan RasulNya.  Ikhlas niat  Menghindari maksiat  Azam untuk beramal dengan Al Quran  Menjaga Solat  Rajin  Sabar  Tawadhu’ )merendah diri(

ADAB MENGHAFAZ AL QURAN
Ikhlas Niat Berwudhu’ Pegang Al Quran dengan penuh penghormatan Cari tempat yang bersih Memakai pakaian yang bersih Bersugi Menghadap qiblat Hadirkan hati bahawa ini adalah kalam Tuhan Membaca Istiazah Membaca Basmalah Membaca Doa Membaca Al Quran dengan khusyu’ dan tadabbur Tidak bercakap-cakap ketika membaca Al Quran Mengakhiri bacaan dengan doa

KAEDAH MENGHAFAL AL QURAN
Talaqqi dengan Guru/Ustaz/Muallim Baca berulang kali sehingga bacaan lancar dan sempurna Mula menghafal satu persatu ayat. Lancarkan hafalan. Tasmik dengan rakan sekurang-kurangnya 3 orang. Lancarkan sekali lagi. Tasmik dengan Guru/Ustaz/Muallim. Ulang sendiri 3 kali. Tulis ayat yang ditasmik dalam buku tulis/log dsbg. Ulang hafalan yang lama.

KESIMPULAN
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca dan menghafal Al-Quran agar Allah swt suka kepada kita dan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat InsyaAllah.

Monday, 15 October 2012

RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH


1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

Friday, 12 October 2012

10 SAHABAT NABI SAW DIJAMIN SYURGA

Sepuluh orang Sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk surga berdasarkan hadits berikut: Tercatat dalam “ARRIYADH ANNADHIRAH FI MANAQIBIL ASYARAH“ dari sahabat Abu Dzar ra, bahwa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah ra dan bersabda: “Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar kabar gembira?”Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.” Lalu Nabi SAW bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat kabar gembira masuk surga, yaitu : Ayahmu masuk surga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk surga dan kawannya Nuh; Utsman masuk surga dan kawannya adalah aku; Ali masuk surga dan kawannya adalah Yahya bin Zakariya; Thalhah masuk surga dan kawannya adalah Daud; Azzubair masuk surga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk surga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk surga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdurrahman bin Auf masuk surga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah ibnul Jarrah masuk surga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”


Kisah singkat 10 Sahabat

1. Abu Bakar bin Abi Qohafah (Assiddiq), adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah, hanya berbeda keluarga. Bila Abu Bakar berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah berasal dari keluarga Hasyimi. Keutamaannya, Abu Bakar adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlaq yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah. Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah sehingga tak heran kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah wafat. Rasulullah selalu mengutamakan Abu Bakar ketimbang para sahabatnya yang lain sehingga tampak menojol di tengah tengah orang lain.


“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh ummat niscaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Al Baihaqi)

Al Qur’an pun banyak mengisyaratkan sikap dan tindakannya seperti yang dikatakan dalam firmanNya, QS Al Lail 5-7, 17-21, Fushilat 30, At Taubah 40. Dalam masa yang singkat sebagai Khalifah, Abu Bakar telah banyak memperbarui kehidupan kaum muslimin, memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin yang tidak mau membayar zakat. Pada masa pemerintahannya pulalah penulisan AlQur’an dalam lembaran-lembaran dimulai.


2. Umar Ibnul Khattab, ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW dan masih satu kakek yakni Ka’ab bin Luai. Umar masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah daan suami adiknya Said bin Zaid pada tahun keenam kenabian dan sebelum Umar telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang masuk Islam. Di kaumnya Umar dikenal sebagai seorang yang pandai berdiskusi, berdialog, memecahkan permasalahan serta bertempramen kasar. Setelah Umar masuk Islam, da’wah kemudian dilakukan secara terang-terangan, begitupun di saat hijrah, Umar adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Ia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati gerombolan Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar berkata, ”Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan putranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang aku di belakang lembah ini!” Mendengar perkataan Umar tak seorangpun yang berani membuntuti apalagi mencegah Umar. Banyak pendapat Umar yang dibenarkan oleh Allah dengan menurunkan firmanNya seperti saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay (QS 9:84), ataupun saat penentuan perlakuan terhadap tawanan saat perang Badar, pendapat Umar dibenarkan Allah dengan turunnya ayat 67 surat Al Anfal.


Sebagai khalifah, Umar adalah seorang yang sangat memperhatikan kesejahteraan ummatnya, sampai setiap malam ia berkeliling khawatir masih ada yang belum terpenuhi kebutuhannya, serta kekuasaan Islam pun semakin meluas keluar jazirah Arab.


3. Utsman bin Affan, sebuah Hadits yang menggambarkan pribadi Utsman : “Orang yang paling kasih sayang diantara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman. (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi) Utsman adalah seorang yang sangat dermawan, dalam sebuah persiapan pasukan pernah Utsman yang membiayainya seorang diri. Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Utsmanlah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Utsman merintis penulisan Al Qur’an dalam bentuk mushaf, dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar.


4. Sahabat berikutnya adalah Ali bin Abi Thalib, pemuda pertama yang masuk Islam, ia yang menggantikan posisi Rasulullah di tempat tidurnya saat beliau hijrah, Ali yang dinikahkan oleh Rasulullah dengan putri kesayangannya Fatimah, Ali yang sangat sederhana kehidupannya.


5. Sahabat kelima yang oleh Rasulullah dijamin masuk surga adalah Thalhah bin Ubaidillah yang pada Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Thalhah yang berperawakan kekar serta sangat kuat inilah yang melindungi Rasulullah disaat saat genting, beliau memapah Rasulullah yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di ujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan karena mengira Rasulullah telah wafat. Saat itu Thalhah berkata kepada Rasulullah, ”Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi tersenyum seraya berkata, ”Engkau adalah Thalhah kebajikan.” Sejak itu Beliau mendapat julukan Burung Elang hari Uhud. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah.”


6. Azzubair bin Awwam, sahabat yang berikutnya, adalah sahabat karib dari Thalhah. Beliau muslim pada usia lima belas tahun dan hjrah pada usia delapan belas tahun, dengan siksaan yang ia terima dari pamannya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnul Awwam pertama terlihat dalam Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnul Awwam berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.


Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnul Awwam beliau pernah bersabda, ”Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnul Awwam.” Azzubair ibnul Awwam adalah suami Asma binti Abu Bakar yang mengantarkan makanan pada Rasul saat beliau hijrah bersama ayahnya. Pada masa pemerintahan Umar, saat panglima perang menghadapi tentara Romawi di Mesir Amr bin Ash meminta bala bantuan pada Amirul Mu’minin, Umar mengirimkan empat ribu prajurit yang dipimpin oleh empat orang komandan, dan ia menulis surat yang isinya, ”Aku mengirim empat ribu prajurit bala bantuan yang dipimpin empat orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai seribu orang. Tahukah anda siapa empat orang komandan itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnul Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam.” Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.


7. Adalah Abdurrahman bin Auf, yang disebutkan berikutnya, adalah seorang pedagang yang sukses, namun saat berhijrah ia meninggalkan semua harta yang telah ia usahakan sekian lama. Namun saat telah di Madinahpun beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya, dan saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat empat ratus dinar, sedang yang masih hidup saat itu sekitar seratus orang, termasuk Ali dan Utsman. Beliaupun berwasiat agar sebagian hartanya diberikan kepada ummahatul muslimin, sehingga Aisyah berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di surga.”


8. Sahabat yang disebutkan berikutnya adalah Saad bin Abi Waqqash, orang pertama yang terkena panah fisabilillah, seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keislamannya.


9. Said bin Zaid, adik ipar Umar, adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh bihayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi, dan Abu Dzar Al Ghifari. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, karena Said adalah seorang sahabat yang dermawan dan murah tangan.

10. Nama terakhir yang meraih jaminan surga adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat Badar, sehingga Allah menurunkan QS Al Mujadilah : 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang menempel pada kedua rahang Rasulullah, dan dengan begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah mendapat gelar dari Rasulullah sebagai pemegang amanat ummat, seperti dalam sabda beliau : “Tiap-tiap ummat ada orang pemegang amanat, dan pemegang amanat ummat ini adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah