DEFINASI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.
TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR
YANG MENYUMBANG TERJADINYA MASALAH MENTAL.
Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor
genetik dan keturunan.
Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang
mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini
berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.
Terdapat kajian yang menunjukkan
kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit
skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut
berbanding 1:10 dalam masyarakat umum.
Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara
berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah
menyebabkan masalah kemurungan.
Apabila bahan kimia dalam otak yang
dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental
akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan
keadaan sosioekonomi yang rendah.
STRESS MENURUT PANDANGAN ISLAM
Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)
HUBUNGAN
PENYAKIT MENTAL DAN GANGGUAN JIN.
Sekiranya
kita perhatikan,terdapat banyak persamaan definisi yang dibuat oleh ilmu
perubatan moden berkenaan penyakit mental dan juga pemahaman ilmu sihir yang
ditemui pada pesakit pesakit gangguan jin.Kami mengambil pendirian,penyakit
mental yang disebabkan oleh sihir atau gangguan rambang sememangnya tidak dapat
lari daripada penglibatan jin, syaitan dan iblis. Contohnya:
a)
Halusinasi visual atau pendengaran sebenar menjelaskan perihal penipuan jin
yang sentiasa menampakkan diri atau menghasilkan bunyi bunyi bagi menakutkan
manusia.Kesan ini lebih ketara berlaku kepada pesakit pesakit mental.
b)
Obsessive compulsive diorder pula menjelaskan perihal penyakit was was yang
diajar oleh nabi Muhammad supaya berlindung daripadanya dengan doa atau membaca
surah Annas.Syaitan yang bernama al-khannas terlibat dalam aktiviti mencetuskan
rasa was was.
c)
Penyakit sedih yang keterlaluan (major depression) pula membuka ruang untuk
iblis menguasai manusia. Sifat sedih adalah normal tetapi sifat sedih yang
keterlaluan menyebabkan syaitan dan iblis menghasut supaya kita berputus asa
sehingga kepada tahap membunuh diri. Nabi Muhammad juga mengajar kita doa
perlindungan khusus bagi mengelakkan diri daripada penyakit sedih dan kecewa
ini.
Berdoa
boleh mententeramkan jiwa
Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah
kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )
PERUBAHAN
FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri
PERUBAHAN SIKAP
* Mudah marah
* Mudah bosan
* Tidak mampu menguruskan diri / kerja
* Suka Mengalihkan kemarahan
* Sentiasa berpandangan negatif
* Hilang pertimbangan / separa sedar
PERUBAHAN EMOSI
*Terlalu
cemburu
* Penyedih dan sensitif
* Terlalu gembira / riang
* Ego dan mementingkan diri
* Kemurungan
* Kerisauan / kebimbangan
* Penyedih dan sensitif
* Terlalu gembira / riang
* Ego dan mementingkan diri
* Kemurungan
* Kerisauan / kebimbangan
KESAN TEKANAN
* POSITIF
? Sumber motivasi diri
? Perubahan positif
? Kecemerlangan diri
? Kuat berusaha
? Persaingan diri
? Optimis
? Keyakinan diri
* POSITIF
? Sumber motivasi diri
? Perubahan positif
? Kecemerlangan diri
? Kuat berusaha
? Persaingan diri
? Optimis
? Keyakinan diri
*NEGATIF
? Prestasi menurun
? Resah gelisah
? Hilang kesabaran diri
? Rasa bersalah
? Rendah diri
? Pesimis dan sensitif
? Hilang pertimbangan diri
TEKNIK
MENGURUS TEKANAN
*Muhasabah diri / koreksi diri
* Mengenali punca-punca tekanan:
- Kurang Kemahiran
- Kurang Ilmu
- Kurang Komunikasi
- Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
- Pengurusan Masa tidak cekap
- Masalah keluarga/kewangan dll
* Ambil tindakan tertentu:
- Menghadiri kursus
- Dapatkan bantuan pakar
- Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll
*Muhasabah diri / koreksi diri
* Mengenali punca-punca tekanan:
- Kurang Kemahiran
- Kurang Ilmu
- Kurang Komunikasi
- Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
- Pengurusan Masa tidak cekap
- Masalah keluarga/kewangan dll
* Ambil tindakan tertentu:
- Menghadiri kursus
- Dapatkan bantuan pakar
- Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll
TINDAKAN
PEMULIHAN TEKANAN
* Ubah rutin hidup
* Latih diri dengan situasi baru
* Bertenang, sabar, kawal, abaikan
* Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
* Redha dan menerima situasi
* Rehat, atau pindah
* Bersenam
* Sedar tahap keupayaan diri
* Seimbangkan aktiviti kehidupan
* Membuat perancangan yang teratur
* Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
* Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
* Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
* Dapatkan nasihat pakar
* Ubah rutin hidup
* Latih diri dengan situasi baru
* Bertenang, sabar, kawal, abaikan
* Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
* Redha dan menerima situasi
* Rehat, atau pindah
* Bersenam
* Sedar tahap keupayaan diri
* Seimbangkan aktiviti kehidupan
* Membuat perancangan yang teratur
* Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
* Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
* Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
* Dapatkan nasihat pakar
PENAWAR
ROHANI
* SOLAT
a. Hajat
b. Taubat
Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
* SOLAT
a. Hajat
b. Taubat
Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
* DOA
- Doa mengelakkan lapan perkara:
1. Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia
- Doa mengelakkan lapan perkara:
1. Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia
* ZIKIR
- Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
- Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
* BACA
AL-QURAN
- Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
- Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
KESIMPULAN
Penyakit mental berlaku kepada semua orang.
Emosi yang normal ialah emosi yang terkawal dan sentiasa dipantau oleh akal
fikiran manusia supaya bersifat sederhana dan pasrah. Emosi yang tidak terkawal
seperti takut,risau dan sedih yang keterlaluan membuka ruang untuk syaitan
menguasai manusia. Atasi stress segera dengan
bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.
Pada masa yang sama, faktor sihir dan penglibatan
jin dalam penyakit mental khususnya gila tidak boleh ditolak mentah-mentah.
Rasullullah
mengajar kita cara-cara menstabilkan emosi dengan berdoa dan berserah diri
kepada Allah. Terpulang kepada pembaca sekalian bagi memilih jalan mana yang
sesuai mengikut fitrah manusia dan seperti yang diajar oleh Allah.
Setiap
manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada
jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.
Catatan peribadi pemilik blog:
Dekatkan diri dgn Allah, pasti terpelihara.
Muliakan Akhlak, jaga tingkah laku dan kawal
hati...
Sabda Rasulullah SAW: “Dalam diri anak Adam itu
ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak,
maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati .” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
kepada yg sakit, semoga cepat sembuh...
Biar kehilangan kita dikenang &
ditangisi,
dari ketiadaan kita menjadi kegembiraan
& kelegaan bg org lain.
~ BarakAllahu fikum ~
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips hilangkan stress
ReplyDeleteAlhamdulillah..pengisian yg baik sekali
ReplyDeleteAlhamdulillah..pengisian yg baik sekali
ReplyDelete