Adapun
dalam Islam,hukum sambutan hari lahir ini hanya mulai dibincangkan oleh
sebahagian ulama'-ulama' mutaakhirin kerana sambutan ini sememangnya
tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dahulu.Prof. Dr. Ahmad
Syurbasyi dalam kitabnya "Yas-aluunaka fiddin" menyatakan maulid
atau sambutan hari lahir dibawa masuk oleh kerajaan Fatimiyah di Mesir
pada abad ke 4Hijrah dan kemudian di Iraq(mosul) oleh Syaikh Umar bin
Muhammad bin Malla.Buku maulid yang pertama dikarang oleh Hafiz bin
Dahiya dengan maudu' "At-Tanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir".Maulid
atau hari lahir ini kemudian disambut oleh sultan dan pemerintah dan
akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi sambutan hari lahir
mereka.Beliau juga dalam buku berkenaan menghukumkan sambutan hari lahir
sebagai bid'ah yang harus,bid'ah kerana tidak disambut semasa zaman
Rasulullah dan harus kerana tiada nas atau hadith yang melarang sambutan
berkenaan.
Di
suatu sudut pandang yang lain,Prof. Dr. al-Imam Abdallah Yusof
AlQardhawi yang masih hidup dan menyaksikan sendiri karenah sambutan
hari lahir ini menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia
tiada signifikannya.Beliau berpendapat sedemikian kerana peningkatan
umur bukanlah suatu yang ganjil dan luar biasa apatah lagi untuk
dianggap sebagai suatu pencapaian.Peningkatan umur bukanlah suatu yang
pelik atau perlu dibanggakan kerana ia terlalu rutin dan proses tabi'iy
saban tahun sahaja dan proses tersebut dilalui oleh berbilion-bilion
umat manusia saban tahun.Ghalibnya kita akan meraikan kejayaan-kejayaan
yang jarang dicapai dan bukannya suatu yang dicapai oleh semua orang.
Maka
dengan itu,perlulah kita sedari bahawa sambutan hari lahir amat hampir
kepada suatu sambutan yang tidak membawa manfaat kepada kita.Lebih teruk
apabila sambutan hari lahir dalam kalangan masyarakat Islam pada hari
ini sudah jauh melangkaui batas-batas Islam.Contohnya upacara meniup
lilin,sedar atau tidak ianya merupakan amalan penganut agama
Kristian.Walaupun sebilangan besar antara kita sudah mengetahui perkara
berkenaan lantaran pendedahan demi pendedahan yang telah dilakukan,namun
mengapa kita masih mengamalkannya?Disambut juga dengan
nyanyian-nyanyian yang entah apa-apa yang sebenarnya dicedok dari budaya
barat.Lebih parah apabila ada yang menjadikan minuman keras sebagai
satu menu utama lantas membawa kepada pelbagai kemaksiatan lain.Jadi di
manakah sensitiviti kita sebagai umat Islam?Adakah kita tidak
mengetahui?Maka teruskanlah menimba ilmu dengan lebih gigih.Adakah pula
kita mengetahui tetapi buat-buat tidak tahu?Janganlah kita tergolong
dalam satu golongan yang tercatat dalam alQuran sebagaiman firman Allah
SWT:
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk
(isi nereka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai
hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka
mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat
(tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka itu
umpama binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah
orang-orang yang lalai."(Al-A'raf:179)
Walaubagaimanapun,Islam
tidak melarang terus umatnya dari menyambut hari ulangtahun kelahiran
kerana ia sudah dianggap sebagai adat di sesetengah tempat.Namun biarlah
adat yang kita raikan itu tidak bertentangan dengan syarak.Islam itu
indah.Jika benar ingin menyambut hari ulangtahun,sambutlah dengan cara
yang berhikmah seperti mengadakan doa selamat,bersolat hajat dan
seumpamanya.Jika ingin berkumpul berkumpullah ditempat yang sesuai dan
patuhi batas-batas pergaulan yang ditetapkan.Usahlah kita mencedok
budaya asing yang entah apa-apa kerana sungguh tanpa kita sedari ia
boleh menjadikan kita sebahagian dari mereka."Barangsiapa yang
menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu.
(HR. Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)
No comments:
Post a Comment