Pages

Monday, 14 May 2012




Berderaian Airmata mengalir...rindukan dirimu Ya Rasulullah S.A.W.

Dari anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda
"Dan apabila harus pula engkau lakukan (iaitu mengharapkan mati), maka hendaknya ia berucap: 'Ya Allah, hidupkanlah hambamu bila hidup itu lebih baik untukku, dan matikanlah hambamu bila mati itu lebih baik untukku ' " (H.R Bukhari dan Muslim)


Fakta Menarik Mengenai Wanita

1.  Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.  Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.  Wanita susah untuk mencari  sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi
(kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan). 
4.  Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5.  Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6.  Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7.  Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8.  Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara
perlahan-lahan.
9.  Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.  Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11.  Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.  Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13.  Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14.  Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15.  Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia
kerana dia memang tak berminat denganmu.
16.  Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.  Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.  Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya- tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19.  Kalau kamu masih mencari- cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20.  Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21.  Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan
berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22.  Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.  Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 
24.  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25.  Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26.  Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27.  Senjata wanita adalah airmata!!
28.  Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.  Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya.
So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30.  Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sunday, 13 May 2012

Tulip Syurga


Sedang aku lena nyenyak penuh ketenangan setelah terjaga dari mimpi buruk
Kau angkatku dari pembaringan yang baru ku rasa selesa itu
 membawaku ke hamparan yang telah kau taburkan empukkan  bara
janjimu bara panas itu pasti menjadi dingin dan nyaman dgn kehadiranku
bisikanmu, hanya mimpi-mimpi indah yang akan menemani tidurku selepas ini

Benarkah?  Soalku….
Kau mengangguk
mata mu tepat memandangku penuh kecintaan
senyumanmu membawa ku terawang ke dunia asing

aku dibaringkan penuh kelembutan
aku terleka…walaupun terbakar
hanya belaianmu yang sentiasa ku dambakan….
ku biar walaupun  pedih
ku biar walaupun lepuh

hadir mereka menyiram  agar bara itu terpadam
ku halang….
Biar panas menyiat kulitku mak…
Biar bahang membakar tulangku abah …

Mak…
Abah…
Rintihku…

Sakit bara ni mak…1000 tahun airmatamu dan airmataku tak kan mampu  menyejukkan panasnya
Pedih bahang ni abah…1000 tahun keringatmu dan keringatku tak kan mampu memadamkan habanya

Ku alih pandanganku memandangmu yang setia berdiri di sisi
Peritnya ucapku…
Boleh kembalikan aku ke tempat tidur asalku..?
Pintaku merenung sayu…

Kau diam membisu…
Soalanku merimaskanmu

Aku rindukan hamparanku yang dulu
Alasnya memang buruk
Aku penah menangis ketika dikeji lusuh warnanya
Tapi aku bertuah…
Kerana hamparan itu yang mengalaskan tidurku ketika aku mimpikan Rasulullah
Hanya aku yang dianugerahkan dengan hamparan buruk itu

Pandanganmu kau alihkan ke tempat lain…
Mengapa diam…?
Diammu menambahkan lagi nyalaan bara ini
Sakitnya….tangisku
Tolong  la kurangkan bara ini…
Kalau kau tak mampu…
Tolong la alihkan aku ke tempat yang lebih sejuk

Aku rela walaupun kesan bara ini  berparut
Aku sanggup walaupun kulit ku tidak segebu dulu
Rayuku…
Kasihani aku…

Kali ini mataku kau renung tajam…
Tiada lagi senyuman seperti awalnya..
Tiada lagi belaian manja yang sering kau belai
Tangisanku tidak kau endahkan
Bisikmu, “MASA”
Kenapa dengan masa? Soalku?
Kau tidak menjawab sebaliknya  kau berpaling dan berlalu…

# Pasti ku setia memegang tulip menantimu di tepi Kautsar. Deruan Tasneem menjadi saksi tika kita ditemukan. kan ku ceduk susu dari sungai yang mengalir sbg hidangan basahan tekakmu...itulah rinduku.. di situlah titik penamat pencarian kita#


“oit cik adik, jauh mengelamun” satu tepukan kecil  terasa di bahuku. Tersentak aku .
Alahai jauhnya ku olah fantasiku..
“apa yg direnung bara bakar sate tu…tk pedih mata ke? Nah, ini satenya. 10 ayam, 10 daging kan?” ujarnya lg sambil tersenyum.

 “a’a…brapa harganya kak?” jawabku sambil tersenyum. Cuba ku sembunyi malu aku mengelamun td.
“tkpayah bayar dik…dah ada org tolong bayarkan” ceria dia menjawab..
“sapa?...baiknya hati dia…tau order lebih td” selorohku..

“tu abang yang pakai baju biru yang duduk di meja no. 2” laju sja jarinya menunjuk meja yang dimaksudkan.

Ku toleh melihat meja yg terletak tak berapa jauh dari tempat aku berdiri.
Mata kami bertentang. ketika itulah peluh dingin mula terasa di dahiku.
Dia tersenyum melihatku dan mula bangun menghampiriku.
Semakin dekat langkahnya, semakin kuat degupan jantungku.
Kenapa dia…bisik ku.
Tiba-tiba….