Pages

Sunday, 3 March 2013

Kemuliaan peribadi isteri-isteri Rasulullah SAW.


Apabila ibu orang yang beriman, Aisyah RA telah difitnah berzina oleh golongan munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay bin Salul, maka Rasulullah Salallahualaihiwassalam pernah bertanya kepada isteri baginda yang lain iaitu Zainab binti Zahsy RA yang ketika itu merupakan madu Aisyah RA tentang pandangannya terhadap tuduhan tersebut. 

Lalu jawab Zainab Ra, : Aku tidaklah mengetahui tentang Aisyah melainkan kebaikan sahaja. 

Kata Aisyah RA terhadap Zainab : Dialah yang selalu menyaingiku dikalangan isteri-isteri Rasulullah tetapi beliau tidak memburukkan aku kerana Allah menjaganya dengan sebab kewarakan yang ada padanya. [Riwayat al-Bukhari no. 4750]

Zainab RA boleh saja mengambil kesempatan tersebut untuk memburukkan Aisyah dan memenangi hati Rasulullah SAW namun keImanan dan kemuliaan peribadi mereka tidak mengizinkan hal yang demikian. Mereka mungkin bersaing untuk merebut cinta dan kasih Rasulullah SAW sebagai khidmat bakti seorang isteri dan cemburu wanita namun sama sekali kecemburuan mereka tidak menghalang mereka dari berlaku adil dan berkata benar.

Merekalah ikutan para muslimah !

Thursday, 28 February 2013

Fatih Seferagic

Dalam arus gelombang kegilaan ramai remaja dunia kepada kpop dan fenomena Justin Bieber,
SubhanAllah, MashaAllah.. seorang pemuda dari Amerika menggunakan sebaik-baik masanya untuk  di isi dengan ibadah.

Bukan untuk berlebihan dalam mempromosikan atau melahirkan pujian menggunung, sekadar satu renungan dan teladan untuk kita sama-sama menjejak langkah Fatih Seferagic ini.. InsyaAllah

Siapakah Fatih Seferagic? Ana sekadar memberi pengenalan... info lanjut beliau boleh tanya dengan Uncle Google atau terus ke facebook Fatih : http://www.facebook.com/fatihseferagic








siapa Fatih Seferagic ni? kalau nak tahu siapa dia nih tengok video youtube ni : - See more at: http://princessloveglamorous.blogspot.com/2013/01/fatih-seferagic.html#sthash.rAxBp0rj.dpuf


siapa Fatih Seferagic ni? kalau nak tahu siapa dia nih tengok video youtube ni :
- See more at: http://princessloveglamorous.blogspot.com/2013/01/fatih-seferagic.html#sthash.rAxBp0rj.dpuf

10 TIPS BERHENTI MEROKOK

Ramai orang bertanya tips hendak berhenti Rokok. Selamat Mencuba..

1.Berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan berazam sungguh-sungguh.

2.Sebelum bakar rokok, agak-agak kalau Rasullulah ada disebelah kita, agak-agak Nabi suka tidak kita hendak merokok? Nabi belah tidak dari sebelah kita?

3.Sebelum beli rokok, tanya diri saudara kita di Palestin dan Syiria tengah lapar tu tidak ada duit.

4.Tanya diri, kata Hamba bersyukur, takkan nak rosakkan jantung yang diberi Allah.

5.Berhenti kerana Allah, bukan kerana awek suruh berhenti.

6.Sebelum nak beli rokok, ingat, Setiap nikmat diberi Allah akan ditanya diakhirat, apa nak jawab dihadapan Allah kelak?

7.Ingat, Asap makanan Jin, tidakkan nak makan makanan jin.

8.Ingat! Ada orang kata bahan rokok, bahan putung rokok ada kena mengena dengan Bahan Babi, tidak takut ke?

9.Dan ingat,setiap benda yang memudaratkan itu Haram, kalau rokok itu memudaratkan elok berhenti

10.Gigi kuning, nanti tak hemsem.. :)
 

Tuesday, 26 February 2013

Sunnah Yang Ditinggalkan!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------





Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Monday, 25 February 2013

Nasehat: Jangan Layani Orang Yang Suka Berdebat Tanpa Batas

 

 Terdapat golongan manusia yang cenderung menyukai perdebatan dan berlarut larut dalam diskusi, hanya karena ingin dikagumi dan ingin mengalahkan pihak lain., atau karena sesuatu yang lain. Menghadapi orang seperti ini, kita harus bijak menyimpulkan pembicaraan bila telah tampak jelas mana “benang putih” dan mana pula “benang hitam” nya , sebab, perdebatan yang tidak menghasilkan kesepakatan dan tanpa kata akhir justru dapat menumbuhkan kebencian dalam jiwa, mengotori dan menutupinya, serta merusak rasa cinta kasih. Selain itu ia hanya akan menguras potensi tanpa faedah, bahkan tidak menyumbangkan kebaikan apa pun bagi kehidupan.

Perlu dipahami, sasaran dakwah bukan hanya pada akal, sebab ditengah umat ini terdapat jutaan orang beriman yang awam namun mudah tersentuh hatinya. Karena itu, melayani orang yang suka berdebat tanpa batas adalah kesia-siaan belaka dan membuang buang waktu, padahal waktu adalah kehidupan itu sendiri.

GRESKIL (Grayscale)



Pensil dan kertas yang kau beri masih di tangan
Berfikir sejenak, perlukah aku
Mencari lukisan baru untuk dilakar
Atau halusi kembali gelap hitam lakaran semalam
Biar tiada lagi putih yang mengisi ruang
Sedangkan kau tahu aku sudah bosan
Setabah mana pun aku cuba melukis
cuma hitam dan putih yang kelihatan di kanvas kehidupan

Aku tetap menanti kau hadiahkan aku pensil warna
Perhatilah,
Mana mungkin hitam ku olah menjadi biru
Buat membezakan warna langit dan laut
Sedangkan pasir dan pantai ada warna tersendiri
aku turuti andai kau pinta bulan di birukan
Walaupun aku lebih senang ia nya jingga
Kerana aku yakin
selagi horizon menjadi sempadan
Kelam Hitam hanya di langit malam
Takkan merubah biru lautan
Sebagaimana aku mula mengerti pasang surutnya laut
Aku ingin kau tahu
Kanvas  kehidupanku perlu diwarnai
Kerana aku rindu warna pelangi

Aku masih berusaha mengindahkan lukisan itu
selagi kau sediakan warna-warna yang kuperlukan
Akan ku halusi setiap inci ruang hingga siap
apabila ketika kau melihatnya
dibingkai dan digantungkan di tengah laman
kau pasti tersenyum bangga
lengkapnya sebuah lukisan dengan warna pemberianmu
bukan terbiar kusam, berdebu apatah lagi dilayang angin

Ajarkan aku bagaimana mencari diri dalam sebuah lukisan
Agar aku pandai mentafsir tersirat di sebalik tersurat
Membezakan antara ortografik, isometri dan oblik
Kerana kau lebih mahir bermain dengan warna catan
dan kau lebih tahu menilai erti secalit warna di kanvas kehidupan.


Friday, 22 February 2013

SETIAP KETENTUAN ALLAH, ITU YANG TERBAIK


 Dunia ini gelanggang ujian.  Akhirat sebaik-baik tempat untuk bersenang-lenang.

Belajarlah untuk tidak merungut dalam setiap perkara. Redha dan terima setiap kesulitan yang berlaku.

Orang yang hebat ialah orang yang mampu bersabar dan bersyukur dalam setiap kesulitan yang dihadapinya.

Orang yang banyak bersungut, suka mengadu dan selalu mengeluh, terserlahlah kehodohan sikapnya dan tersingkaplah keaiban dirinya.


Ingat : Setiap ketentuan Allah buatmu, itu yang terbaik.