Pages

Friday 23 November 2012



Isteri2 saya, kami bermula dari tidak mengenali kepada mencintai...

Isteri pertama yg berpurdah (tak pernah kenal sebelum nikah), isteri kedua yang mendukung anak pakai topi (dikenalkan oleh isteri pertama dari web al-fikrah) tempoh perkenalan yg singkat kemudian nikah. Isteri ketiga yang berjubah hijau seorg doktor, dikenalkan oleh isteri kedua yang juga merupakan seorang doktor dan berkenalan melalui profession....Itulah sedikit kisah saya, dari mereka kini saya mempunyai 7 orang anak, Alhamdulillah, Semoga Allah memelihara keluarga saya dari keburukan luaran dan dalam ! ~ dari FB Ustaz Emran Ahmad.


p/s : Antara keluarga contoh poligami. Seorg suami yg hebat dapat menyatukan ketiga2 keluarga dlm keadaan mawaddah dan sakinah. Beriadah, makan, dan solat berjemaah bersama-sama. Menghidupkn sunnah Rasulullah di zaman penuh fitnah dan kemaksiatanSubhanAllah...

Berjihad tidak semestinya memegang senjata. Berjihad dlm diri & keluarga sendiri. Peliharalah diri & keluarga dri azab api neraka, itu yg sebaik-baik jihad.

========================================================================


Beza orang bujang dan mereka yang berpengalaman nikah

Al-kisah, semasa kita sedang lapar dan belum makan maka kita pun teringin nak makan macam2. Kalau ada satey sedang dibakar dihadapan kita maka kita pun nak satey, kalau ada ayam panggang, kita pun nak ayam panggang dll. Namun selepas makan dan kelaparan pun hilang maka kita akan mula merasai kesan akibat makan makanan tadi. Tiba2 perut sakit, cirit-birit, pening kepala atau muntah. Sejak itu kita sudah 'cerdik' dan tahu akibat makan makanan tertentu ketika perut kosong atau makan makanan yang tidak sihat. 

Justeru, walaupun kita teringin nak makan durian, satey, kambing golek dsbnya namun kita tetap memilih bubur, nasi berkuah serta sayur yang sesuai dengan perut kita. Kita sudah tahu akibat yang akan terjadi jika ikut nafsu dan tak sanggup lagi menderita sakit perut dsbnya. 

--------------Samalah dengan pernikahan !

Kita terjumpa gadis ayu,cantik, lawa, muslimah bertudung labuh, berjubah, sopan dan senyum manis bagaikan bidadari yang mewangi ditaman rindu. Kita pun terus nak kahwin dengan dia sebab ketika itu kita 'lapar' dan belum cerdik. Setelah nikah macam2 jadi, bukan sekadar cirit-birit atau sakit perut tetapi huru-hara dan gempa bumi. Selepas itu barulah kita tahu apa kesannya dari pilihan kita yang mengikut hawa nafsu.

Kemudian kita pun jadi matang dan hanya pilih apa yang kita perlu dan mampu untuk menikmatinya kerana tidak mahu lagi menderita !



No comments:

Post a Comment