Pages

Monday 12 December 2011

"POLIGAMI". Salah satu daripada syariat Allah s.w.t.

(gambar hiasan)
 
 
Dari kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi  “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat "

Nabi s.a.w. menyebut dalam hadis .Daripada `Aisyah r.ha: Bahawa Nabi s.a.w  membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: "Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki."
(Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim)

Kata Abu Daud ketika meriwayat hadis ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi,).

Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah  selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut.

Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang  menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Marilah sama-sama kita fahami bahawa poligami adalah salah satu daripada syariat Allah s.w.t. Kita perlu berfikiran positif dan tidak menanamkan kebencian kepada mereka yang mengamalkan poligami di dalam kehidupan berkeluarga. Setiap wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan meyakini akan syariat dan hukum-hukum Allah s.w.t. tidak boleh membenci dan menolaknya. Kerana dikhuatiri perasaan benci di dalam hatinya yang terbawa-bawa dengan fahaman barat boleh menjejaskan aqidahnya.
 
Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya disebabkan si suami berpoligami adalah termasuk dikalangan isteri yang derhaka kerana alasan ini tidak dibenarkan syarak.

Di dalam sirah tidak pernah kita dengar ada dikalangan isteri-isteri sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang meminta cerai disebabkan suami mereka berpoligami. Malahan ada dikalangan isteri sahabat-sahabat Nabi s.a.w  menggalakkan suami mereka berpoligami dengan tujuan untuk kemaslahatan umah disebabkan kematian suami.

Kesimpulannya, poligami merupakan hukum Allah s.w.t.yang mempunyai hikmah dan manfaat yang besar baik bagi individu, masyarakat dan umat Islam. Penolakan yang berlaku sekarang adalah kerana kenipisan masyarakat tentang poligami yang menyebabkan syariat ini diragui sehinggakan menganggap ia sebagai sumber kepada kesengsaraan dan kehinaan wanita. 

Perlu diingat bahawa setiap perintah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. pasti terselindung kebaikan yang banyak, yang tidak dapat diungkap dengan mata kasar yang tidak menggunakan cermin mata yang berjenama iman dan amal.

No comments:

Post a Comment