Pages

Monday 12 December 2011

Warkah Buat Bakal Suamiku

Kehadapan bakal suamiku yang disayangi, moga kamu sihat sentiasa di samping kehidupanmu. Aku di sini juga sihat bersama kehidupanku yang ada kalanya membosankan dan ada waktunya penuh dengan keceriaan..terkadang aku mengharap adanya kamu di sisi tapi aku cuba bersabar.
           
Bakal suamiku yang di kasihi,
          Aku tidak pernah menduga akan menjadi surimu di saat kita berjumpa di suatu pertemuan. Pertemuan itu bukan rancangan kita, sebaliknya ketentuan Tuhan. Disaat kita sama-sama terpaku, aku memandang sekeliling. Seketika aku merasa begitu rendah diri dan berasakan pandangan dan lirikan matamu itu bukan untuk aku. Tapi aku silap, aku lah yang terpilih itu.

Bakal suamiku yang disayangi,
          Maaf kerana aku tak punya apa. Aku bukan Lisa Surihani tapi sebaliknya Sufay Wida. Aku tidak punya kecantikan sperti gadis lain, cukup sekadar sejuk mata memandang tatkala kau memandangku. Aku tidak punya bentuk tubuh menawan, tapi tubuhku ini mampu bertahan untuk menjalankan segala pekerjaan surirumah. Aku tidak punya citarasa yang tinggi dalam berpakaian, kerna bagiku cukup sekadar menutup aurat yang mana hanya layak menjadi santapanmu. 

Bakal suamiku yang dihormati,
          Aku tahu di saat akad dilafazkan, aku dibawah kuasamu. Namun izinkan aku untuk terus menjadi anak yang taat kepada ibu bapaku, juga ibu bapamu. Izinkan aku untuk terus menjadi adik yang terbaik untuk kakak & abang ku kerna mereka tidak punya adik selain aku. Izinkan aku untuk menjadi ibu yang baik dan terbaik. Jikalau tidak keberatan, bantulah aku menjadi surirumah supaya nanti aku boleh menyediakan segala keperluan rumahtangga dengan sempurna.

Bakal suamiku yang di cintai,
          Benar, isteri perlu bekerja untuk membantu suami. Tapi aku teringin sekali membantumu dari rumah. Menyediakan masakan di pagi hari sebelum kamu pergi bekerja. Menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, dan mengajar mereka membaca Al-Quran. Menyediakan menu tengahari juga kuih di waktu petang sambil menunggu kau pulang dari kerja. Akan ku sambut kau di pintu dengan senyuman, bagi menghilang segala tekanan selepas seharian mencari rezeki. Jika impianku ini di anggap kolot, maka aku rela menjadi isteri yang kolot demi rumahtangga kita. Namun aku wanita yang bekerjaya, keizinanmu untuk ku meneruskan kerjaya amat aku harapkan. seandainya ada kekurangan dlm menjalankan tanggungjawabku, bimbinglah aku.

Bakal suamiku yang teristimewa
          Jika kau meyakini bahawa aku bakal menjadi isteri terbaik, aku berterima kasih untuk itu. Tpi jika ada keraguan di hatimu, luahkanlah ia. Aku sekalipun tidak mahu ianya menjadi duri dalam hubungan kita kerna aku mahu kita menjadi pasangan yang paling bahagia dan ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita. Terima kasih kerna sanggup mengangkat aku sebagai wanita paling istimewa di hatimu selepas ibumu. Sayangi dan cintailah aku seadanya, dan jangan ditangisi andai aku pergi dahulu sebelummu. Kerna aku pergi membawa bersama cintamu. Ianya abadi, sayangku.

Yang menyintaimu tanpa ragu,
Bakal isterimu...

No comments:

Post a Comment