Pages

Friday 23 December 2011

Revolusi Minda | Psikologi Transformasi Diri

Kanak-kanak itu dalam usaha meneroka alam & mencuba pelbagai perkara sebagai proses pembelajaran banyak menggunakan otak kanan sebab itu mereka cepat tangkap apa yang diajar atau dilihat. Namun lama kelamaan mereka akan terarah lebih menggunakan otak kanan atau otak kirinya. Ia berdasarkan bakat yang kurnia Allah & juga pengaruh persekitarannya. Ajarlah anak-anak agar berterusan lebih menggunakan oak kanan dalam proses mereka memanjat anak tangga dewasa... Hidupnya mereka akan lebih berjaya!
Mereka yang menggunakan otak kanan mementingkan perhubungan & perasaan orang lain dalam apa jua kerja yang dilakukan lebih ke hadapan berbanding mereka yang menggunakan otak kiri dengan hanya mementingkan perasaan & poket sendiri...
Perkerjaan yang memerlukan otak kanan seperti inovasi, branding, marketing & seumpamanya sukar untuk diduplikasi & diautomasikan berbanding kerja-kerja yang melibatkan otak kiri seperti produksi, kewangan, pengurusan dan seumpamanya. Maka tidak hairanlah gaji atau reward mereka yang mahir menggunakan otak kanan mahal & tinggi nilainya.
Sesungguhnya kerjaya mereka yang 'otak kanan' atau kreatif adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berkerja menggunakan 'otak kiri' atau linear. Cuba anda bandingkan pendapatan akauntan dengan pengarah filem, atau professor dengan peniaga yang berjaya. Setuju?
 _____________________________________________________________________________________
Kejayaan seseorang adalah disebabkan SIKAP yang ia miliki. Jika sikapnya positif, maka kejayaan pasti datang dengan izin Allah. Sebaliknya jika sikap seseorang itu negatif, maka hasilnya kegagalan demi kegagalan pasti menghantui hidupnya! SIKAP itu pula boleh diubah & dimantapkan dengan mengubah & memantapkan MINDA seseorang... Kalau tidak, jangan mimpi untuk transform menjadi insan yang berjaya, bahagia & kaya raya.

No comments:

Post a Comment