Pages

Sunday 3 March 2013

Kemuliaan peribadi isteri-isteri Rasulullah SAW.


Apabila ibu orang yang beriman, Aisyah RA telah difitnah berzina oleh golongan munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay bin Salul, maka Rasulullah Salallahualaihiwassalam pernah bertanya kepada isteri baginda yang lain iaitu Zainab binti Zahsy RA yang ketika itu merupakan madu Aisyah RA tentang pandangannya terhadap tuduhan tersebut. 

Lalu jawab Zainab Ra, : Aku tidaklah mengetahui tentang Aisyah melainkan kebaikan sahaja. 

Kata Aisyah RA terhadap Zainab : Dialah yang selalu menyaingiku dikalangan isteri-isteri Rasulullah tetapi beliau tidak memburukkan aku kerana Allah menjaganya dengan sebab kewarakan yang ada padanya. [Riwayat al-Bukhari no. 4750]

Zainab RA boleh saja mengambil kesempatan tersebut untuk memburukkan Aisyah dan memenangi hati Rasulullah SAW namun keImanan dan kemuliaan peribadi mereka tidak mengizinkan hal yang demikian. Mereka mungkin bersaing untuk merebut cinta dan kasih Rasulullah SAW sebagai khidmat bakti seorang isteri dan cemburu wanita namun sama sekali kecemburuan mereka tidak menghalang mereka dari berlaku adil dan berkata benar.

Merekalah ikutan para muslimah !

No comments:

Post a Comment