Pages

Sunday 10 March 2013

Usai menela'ah buku, aku pergi bertenggek di sebelah rakan-rakan hostel yang tengah berbual. Ada abang senior yang sudah berkahwin tengah ceritakan kisah pendek tentang beliau dan isteri untuk dikongsikan bersama kami angkatan junior bujang.

Senior: Dulu masa saya mula-mula kahwin, memang tak ada duit. Makan pun sekali sehari. Kami laki bini berjimat cermat. Maklumlah gaji tak sampai seribu pun. Tolak campur bil itu ini, bayar itu ini, tinggal cukup-cukup makan je.

Angkatan junior bujang: Pastu, pastu?

Senior: Suatu hari, saya balik kerja tengok isteri termenung panjang. Dia cakap kawan perempuan dia datang ke rumah tadi. Kawan dia cerita yang suami dia hadiahkan dia cincin berlian sebab dia masakkan makanan kegemaran suami. Lepas tu, suami dia bawa pergi melancong ke luar negara sebagai upah isteri jaga masa dia demam. "So sweet~" Isteri saya bercerita panjang.

Angkatan junior bujang: Pastu, bro belikan cincin gak ke?

Senior: Saya bagitaulah isteri saya nak bagi sesuatu juga. Isteri saya pun bukan main happy lagi. Saya suruh dia tunggu di ruang tamu. Saya kata lama sikitlah tunggu tu. Lepas tu saya ke dapur. Tak lama lepas tu, saya keluar bawa sesuatu.

Angkatan junior bujang: Fuh dahsyat, abg pergi buat cincin ke kat dapur?

Senior: Haha. Tengkorak hang wat cincin! Saya pergi buat cekodok pisanglah. Lepas tu saya hidangkan dekat isteri. Saya cakap kat isteri,

"Meh abang suapkan. Cekodok pisang ni abang buat sendiri, abang dah siap selawat masa buat cekodok ni, kemudian abang dah minta doa dekat Allah moga-moga isteri makin sayang bila makan cekodok ni. Cekodok ni memang murah, tapi mahal nilainya. Memang cekodok ni tak setanding dengan harga cincin berlian, tapi setakat waktu ni, inilah yang termampu dari abang. Cekodok kasih sayang sebagai secebis tanda penghargaan utk isteri.."

Isteri saya terus menangis. Dia cium tangan saya, dia minta maaf sebab buat suami terasa hati. Memang kita tak dapat berikan kemewahan ikut gaya orang lain, tapi kita boleh buat orang yang kita sayang bahagia dengan cara kita sendiri. 

Angkatan junior bujang: (tersengeh2 macam siamang belaker..semua terasa 'gatal' tiba-tiba..)

No comments:

Post a Comment