Pages

Wednesday 6 March 2013

Perihal kasih sayang.





Ingin saya kongsikan untuk renungan bersama. Sesungguhnya hidup ini yang pasti penuh dengan cabaran. Semoga kasih sayang menjadi ubat yang berkesan untuk hati yang keresahan. 


Cerita ini bermula dengan seorang lelaki menghukum anak perempuannya yang berusia 3 tahun kerana membazirkan segulung kertas pembalut hadiah emas. Kewangannya pada ketika itu agak sempit, dan dia menjadi marah apabila anak tersebut cuba membalut sebuah kotak. Namun begitu, budak itu tetap  membalutnya dan membawa hadiah tersebut kepada bapanya pada keesokan harinya. Sambil menghulurkannya, dia berkata, “Ini khas untuk Ayah” Dengan perasaan segan atas tindakannya pada malam sebelum itu, bapanya pun membuka hadiah tersebut.


Namun, dia menjadi lebih marah apabila didapati bahawa kotak tersebut kosong. Lantas dia menjerit kepada anaknya,  “Tidakkah awak tahu bahawa jika seseorang memberi hadiah, dia perlu meletakkan sesuatu dalam kotak itu?” Anaknya melihat kepadanya dengan tangisan yang banyak dan berkata,  ”Oh Ayah, kotak ini tidak kosong. Saya tiupkan kucupan yang banyak ke dalamnya. Kesemuanya untuk Ayah.” Hati bapanya hancur apabila mendengar kata-kata anaknya. Dia memeluknya dan meminta kemaafan daripadanya. 


Tidak lama dari kejadian itu, satu kemalangan telah meragut nyawa anak tersebut. Bapanya masih menyimpan kotak tersebut di tepi katilnya. Setiap ketika dia berasa sedih atau putus asa, dia akan mengambil satu kucupan imaginasi anaknya dan ingat kepada kasih anak yang telah meletakkanya di situ. Sebagai seorang insan, kita memang dianugerahkan dengan satu bekas emas yang dipenuhi dengan kasih yang tanpa batasan dan kucupan sayang daripada anak kita, keluarga, rakan-rakan dan juga AllahTiada hadiah lebih berharga daripada ini.

No comments:

Post a Comment